Friday, February 10, 2012

Insomnia ne mengasi MATI aku !

10th of February 2012

I'm an insomnia girl .

wah ~ macam bunyi super girl kan . padahal nama penyakit tu okaii . apa tu insomnia ? bagi korang yang tak tahu tapi tetap tak mahu tahu , aku tetap mahu kasi tahu juga ne .


INSOMNIA ne penyakit tak boleh tidur malam . sepanjang malam akan dihabiskan dengan bergolek golek atas katil , mengkhayalkan pada masa akan datang , membayangkan diri adalah orang paling cantik di dunia dan yang indah indah lagi tidak tahu malu laa . kebiasaanya aku akan merungut apesal mata ne susah betul mahu tutup and aku dapat rasa aku macam bodoh juga la sebab berjam jam atas katil keras di sana tapi tidak juga pandai tidur . rekod aku buat 2 jam jala [ko ingat tak sengsara ka 2jam atas katil berabis mahu tutup mata tidak pandai dapat]

ada beberapa sebab yang menyebabkan penyakit ne menjangkiti orang orang yang innocent dan tak bersalah macam aku ne . antara sebab sebab dia ialah tekanan , kemurungan , kebimbangan , ubat , kafeina , and ketakutan . ahh , macam terlampau stress pula kan bunyi dia tapi sumpah aku bukan tergolong dalam orang yang seperti aku nyatakan . sebab lain lagi ialah sakit bahagian fizikal and minda yang terlalu aktif dan sesungguhnya di sini aku mahu mengaku aku tergolong dalam minda yang terlalu aktif tu [perasan ka ?]

bukan apa , kalau malam menjelma aku aktif gila . aku boleh buat kerja tanpa rasa penat . macam tiada istilah penat ne dalam hidup aku . tapi bila siang , naaaa . di situ la aku rasa macam mau pengsan pengsan tanpa sedar sedar lagi . 

ada tiga peringkat insomnia ne [yang aku baca la , korang ingat aku pandai sangat ka bab medicine ne] first, insomnia fana . ne insomnia tiada kena mengena dengan Kajol dan Amir Khan yang berlakon cerita FANAA tu okaii . ne kira okai okai masih . just berlaku beberapa hari ja . second , insomnia akut . ne untuk 3 minggu sampai 6 bulan ja penyakit ne . and the last one yang paling sadis dan aku tergolong dalam golongan ne - insomnia kronik . nama pun dah kronik memang kronik la . ne kategori sampai bertahun tahun insomnia dia .

jelez gila aku sama kawan aku yg dapat tidur on time


bayangkan aku kena insomnia start form2 . aku masih lagi budak sekolah ne . sebab tu la aku cakap aku innocent . time aku tidak tahu apa apa ne . [ceh , innocent kunun] sekarang aku dah berumur ..... 20 tahun [malu pula aku mahu mengaku umur aku ne , pa tidak bukan umur belas belas suda . masuk puluh okaii] . so kira laa berapa tahun . kalau lambat sangat amek kalkulator . tekan 20 - 14 = 6 . naaa . tengok ! derita aku selama 6 tahun . tidak kamu kesian tu ? kesian kan ? esh esh esh . kesiannnn... apa dia ? kesiannnn .... [macam cerita P. Ramlee yang Madu 3 ne]

aku lagi yang kurus kering yang selalu ja sakit sakit tapi belum lagi yang kronik . insyaAllah tiada la kan . tak cukup tidur and makan then pengsan . sikit sikit pengsan . balik balik pengsan . bida betul perangai tu tau . so , from this day , aku kena jaga kesihatan diri .

p/s : jaga kesihatan and diri sihat . akhlak pun sihat :D insyaAllah .



No comments:

Post a Comment