Sunday, May 26, 2013

Iklan TV Yang Tak Masuk Akal Tapi Berhak Masuk Longkang....


Hello wello :D

Korang pernah tengok iklan kat TV kan? 
Pernah korang terfikir ka yang sesetengah iklan yang ditayangkan tu tak masuk akal..
Memang la iklan perlu sesuatu yang ada 'X-Factor' supaya penonton tertarik untuk beli produk dorang..
But sometimes, what they have showed doesn't meet to the reality..

So aku list beberapa iklan yang rasa - rasanya memang tak masuk akal..
No harm intended, just for fun..


1. IKLAN PENJAGAAN RAMBUT


Haaa....
Kalau korang perasan (kalau korang tak perasan aku tak tahu la) 
iklan rambut yang kena tayang kat TV tu semua halus dan
 lurus - selurus lurusnya..
Siap berkilat - kilat lagi..
'I guna jari youuuu'
Sah - sah dah 'diedit' dengan jayanya..
Yang menghairankan, time rambut lurus ja dia edit, time rambut serabai macam pontianak tiada pula nak edit segala..
Macam rambut betul ja aku tengok time serabai tu..
Wallahuallam la edit ke tak yee..



2. IKLAN MASKARA


Ini kiranya iklan paling kejam kot..
Bak kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama..
Beribu jenis maskara aku guna, takde la sampai melentik kat gambar ne haaa..
Of course dorang guna 'fake eyelashes' supaya bulu mata tu melentik macam bulu penyapu..
Sepatutnya iklan ne kena tukar iklan fake eyelashes, bukan iklan maskara..
Kesian ko 'fake eyelashes' tak kena pandang..
Tula sapa suruh ko fake kan..
Orang tak suka 'fake - fake' ne..




3. IKLAN MINUMAN 


Yang tak masuk akal tentang iklan minuman ne bila orang yang minum ja tu minuman,
terus dapat tenaga then buat aksi - aksi yang 'adventure'..
Konon hasil daripada energi setelah minum minuman tu la..
Cergas dan bertenaga ! Ewah !
Bila aku minum hilang dahaga adalah..
Takde pula aku nak melompat buat aksi lagak ngeri segala macam dalam iklan..




4. IKLAN PENCUCI BAJU


Haaaaa.....
Ne lagi iklan yang susah sangat nak diterima dek akal..
Punya la semangat dorang buat perbandingan antara 'Jenama X' dengan 'Jenama Y'..
Lepas cuci guna tangan then terus baju yang kotor tu jadi putih melepak kalah putih anak cina sebelah rumah aku..
Entah berapa banyak kali abah aku tukar serbuk pencuci baju,
sama je pun..
Memang la sama seja sebab baju yang dicuci tu baju berwarna bukan baju putih..
Kalau baju berwarna tu tukar jadi putih selepas dicuci 
memang nak kena tokey serbuk pencuci tu..



p/s: Semua gambar di atas hanya hiasan semata - mata. Tiada kena - mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. 
Sources: Mr. Google Image..



No comments:

Post a Comment