Monday, May 13, 2013

Wanita Dulu VS Wanita Sekarang...

Haloooo kamu :)

Entry kali ne aku nak cer pasal perempuan zaman dulu versus zaman sekarang.
Konon zaman dulu perempuan lebih rajin, pandai buat kerja, pandai masak, cekap and baik serta bagus la gitu.

Yakah ?

Atau sebab mak - mak kita yang selalu cerita tentang diri dorang time - time muda remaja 
 yang mereka ne tau buat kerja rumah walaupun di usia muda.
So, kita pun percaya jela apa dorang cakap.

Adakah mereka dulu dulu memang sangat berkemahiran?
Atau saja nak puji diri sendiri supaya kita ikut macam dorang?

aku list-kan tentang wanita dulu vs wanita sekarang. 
Check it out !



1. MEMASAK



WANITA DULU: Suruh ja masak apa jenis menu, mesti dorang boleh masak dengan jayanya. Rendang tok, kari kepala ikan, kari ayam, lembu, kambing. Sebut ja, beres ! Silap hari bulan kepala gajah pun dia boleh masak.

WANITA SEKARANG: Jangan cakap kari kepala segala, kalau dia pandai hidupkan api dapur pun dah kira besar rahmat bagi maknya. 



2. BANGUN PAGI





WANITA DULU: Sebelum matahari menunjukkan diri, mereka sudah terpacak kat dapur nak masak sarapan pagi. Kalau dapur tak berasap, macam mana rezeki nak masuk. Hah, tu prinsip dorang. *Aku pun tak sure dari mana aku tau prinsip tu :P

WANITA SEKARANG: Selagi matahari tu tak terpacak atas kepala, jangan haraplah mereka ne nak tunjukkan diri dorang. Dah tengah hari pun masih melingkar atas katil lagi buat taik mata. Bila bangun ja, terus buka tudung saji cari makanan. Tak gosok gigi lagi tu. EEEEEE ! *Okay, ini aku selalu buat, hihik!



3. KAHWIN



WANITA DULU: Risau dorang kalau usia dah meningkat tak kawin kawin lagi. Gila kau jadi andartu. Tak kisahlah hantaran tu, yang penting dapat suami dan mengakhiri zaman anak dara. YEEPIEE !


WANITA SEKARANG: Kahwin ? OH NO! Duit hantaran mau berpuluh ribu baru boleh masuk meminang. Hantaran kahwin cakap kat bakal laki "I nak I-Phone, I-Pad, I-Pod". Then bakal laki ko cakap "I-Bayar" -.- 
Hantaran tak grand ? Sorry, reject! I rela jadi andartu. Berlagak gitu, maka hidupkan api dapur pun tak reti. Hihik ;)


Janganlah kita jadi "Al-Mughalat Fi al-Muhur" yang bermaksud berlebih-lebihan dalam hal mas kahwin. 




4. PENDIDIKAN



WANITA DULU: Kalau wanita dulu nak penuhkan diri dengan ilmu rumah tangga dan adab diri supaya boleh jadi isteri solehah. Syurga di bawah tapak kaki suami. Mithali gitu.

WANITA SEKARANG: Wanita zaman sekarang nak belajar tinggi tinggi sampai pokok sena. Ceh! Wanita sekarang semua nak belajar ke peringkat yang tertinggi. Diploma, Ijazah, dan Master. Kalau rajin sangat nak buat phD (permananent head damage atau penyakit hasad dengki) *Okay, ini aku melampau. Sila tampar pipi* Yalah, sekarang kan semua nak pakai duit, nak belajar tinggi - tinggi supaya boleh demand tinggi. *Rasanya duit tu tak boleh bawa ke kubur kan ?


Setuju ka semua benda di atas?? Hihik!
Have a nice day.



P/S: Apsal sepanjang aku taip entry ne aku rasa diri aku ini seperti diejek yaaa ? Terasa betul aku. Oppsss ! Adakah kamu juga merasa sedemikian wahai wanita? ceh !







2 comments:

  1. hahahahahahha.......... totally true........

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ! thanx for read :) amek kisah diri sendiri la ne .

      Delete