Saturday, October 31, 2015

Cara dan Tips Nak Tahu Lelaki Ideal untuk Anda

Hai readers

Okay malas nak mukadimah memanjang, korang baca la sampai bawah yaaa.


1. KENALI DIRI ANDA

Girls, sebelum korang nak tahu si dia ideal ke tak untuk diri anda, korang kena kenali diri sendiri dahulu.
Korang rasa korang ni jenis macam mana?
Adakah anda seorang jenis yang...
Manja? Lemah lembut? Gila - gila?

Honestly, aku ni suka observe (perhatikan) hubungan kawan kawan aku.
Mostly, mereka akan pilih lelaki yang perangai macam dorang jugak.
For example, kalau ,macam aku ni jenis gila - gila dan kasar. 
So, bf aku pun jenis kasar dan gila - gila jugak.
Thats why kami guna 'aku kau' untuk bahasakan diri masing masing.

Aku tengok some of kawan aku yang lemah lembut dan bila bercakap pun lembut je, lelaki yang dia pilih pun mesti lembut jugak. 
Bukan lelaki lembut yang ala ala sotong itu okay.
So kiranya, anda semua pilih la yang sama perangai. Okeh?


2. BUAT PERANGAI KEPALA BATU

So, ni tips and cara kedua nak tahu lelaki tu ideal ke tak untuk kau.
Lumrah memang perempuan ialah makhluk yang paling susah nak dijaga sebab perangai sentiasa macam baby.
Cuba testing buat perangai kepala batu, pastu tengok effort si dia time pujuk korang balik macam mana.
Erti kata lain, tengok tahap kesabaran dia macam mana.
Girls, you really need a guy yang sangatlah penyabar.
Please, pilih lelaki yang penyabar. 
Sebab lelaki yang penyabar ni adalah pilihan yang terbaik antara semuanya. Trust me dear. 
Girls, nasihat aku. Kalau dia tak tahan dengan perangai kepala batu kau, better leave him okay.

Bayangkan lepas kawin nanti, time kau tengah pregnant dan setelah bersalin.
Lepas bersalin lagilah teruk perangai kepala batu kau keluar. 
Emosi mudah nak kelaut ke bintang kejora kau tau tak.
Trust me even aku ni belum kawin. Eh.
Kau nak makan hati ke lepas kau kawin nanti?
Perempuan ni kadang kadang terpaksa kawal kelakuan, pendam perasaan and rasa tersisih sebab takut kena marah bf.
Kalau baru couple dah kena marah, bayangkanlah lepas kawin macam mana.
Aku bukan nak suruh korang selalu buat perangai. No.
Ni just testing. 
Diulangi!!
Testing untuk tengok effort orang yang kau chentaaa tu.
Faham kan? Okay, kalau faham angguk kepala. Bagus anak mak ni.


3. TERIMA KAU SEADANYA

Selalunya, lelaki ni nak pilih yang lawa je.
Asal lawa je, itulah yang lelaki nak.
Habis, kita yang tak lawa ni sape nak?
Emm, korang of course la lawa. Aku ni?
Nasib la bf aku ni terima jugak aku seadanya walaupun muka hodoh gigi jongang.
Dia cakap aku tetap lawa. Ehhh??
Sorry la terpuji diri. Sape lagi nak puji kan.
Nak harap korang puji, macam susah je. Hikhik!

Pilih lelaki yang tak tengok rupa kau melainkan kau sememangnya diciptakan oleh Allah SWT ada iras Jessica Alba.
Kalau dia bising suruh kau ubah dressing la, itu ini la, nak kurus, nak thigh, breast mendada, montok semua.
Maap la, he's looking for KFC.
You are high standard person, not some cheap value meal okay.


4. BUAT PERANGAI KEANAK - ANAKAN

Kalau tadi perangai kepala batu, sekarang perangai keanak-anakan pulak.
Pelik pelik je aku ajar korang kan? Ehh??
Tade aku saja saja nak suruh anda semua buat benda yang takde paedahnyerrr..
Tapi serius okay.
Ni based on observation aku.
Nak tahu kenapa aku suruh buat macam ni, sebab nak tengok tahap matang si lelaki kau suka dan chentaa la.

Maksud keanak-anakan ini ialah macam perangai yang buat orang lain rasa annoying la.
Kadangkala, kita perlu testing tengok kesungguhan lelaki ni.
Seriously perempuan ni perlukan lelaki yang matang sebab lelaki kan pemimpin.
Sematang mana pun wanita, tapi ada sesetengah situasi yang akan menyebabkan wanita jadi tak matang.


_________________________________________________

Haaa, tu jela kot. 
Aku suggest semua ni bukan untuk anda semua selalu amalkan okay.
Tapi untuk korang observe sama ada si dia ideal ke tak untuk anda.
Aku tak cakap semua aku suggest ni berkesan.
Terpulang kepada individu itu sendiri nak yang macam mana.

Tapi bagi aku, pilih la lelaki yang penyabar dan tak mudah marah.
Penyabar tu paling penting, sebab bila dia seorang yang sabar, pasti dia bukan seorang yang mudah marah.
Orang yang tak mudah marah ni pastinya seorang yang matang.

Girls, jangan takut kalau lelaki itu tinggalkan kau.
Thats mean he doesnt deserve you.
Dont low yourself for some guys yang baru bergelar bf ya.
Nasihat aku paling last, kau bercinta dulu dengan Allah SWT.
In sha Allah, Allah SWT akan hantar lelaki yang terbaik untuk kau.

Itu aku pegang dari dulu sampai sekarang. 
P/S: kalau nak pilih suami pilih yang tak tinggal solat. kbai !





Love, Fiz







5 comments:

  1. Baik akak fiz manis lawa ciptaan Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhhh. Ada Cik Mastuya visit blog Fiz la.. Aduhh ! malu la fiz macam ni Cik Mastuya huhuhu!

      Delete
  2. Saya percaya kepada kematangan dan kesetiaan.. Kadang-kadang yang kita cari tu lah yang payah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! betul tu.. Macam saya cakap, pilih yang penyabar.. Kalau penyabar mesti tak mudah marah. Orang yang tak mudah marah ni pastinya seorang yang matang. Memang kita amat perlukan lelaki yang matang. Sebab perangai perempuan, sematang macam mana pun, tetap takkan matang kalau dah marah hehe!

      Memang lelaki yang baik susah nak cari. and macam saya cakap juga. Bercinta dulu dengan Allah. In sha Allah pasti Allah akan hantar lelaki yang baik buat kita. In sha Allah. Saya doakan anda sukses selalu dunia dan akhirat.

      Delete
  3. fiz, kau ada email untuk berbual dengan lebih lanjut?

    ReplyDelete