Friday, November 3, 2017

Feminine Wash Hilangkan Jerawat? Semua Produk Adalah Dari Drugstore!

Hai pembaca hakak sekalian.
So this entry akak nak share pasal macam mana nak dapat clear face from acne.
Actually muka akak tade la flawless bak angg tapi Alhamdullillah dah clear sikit dari acne dan jerawat.
Dulu stress tau muka akak ditumbuhi jerawat macam cendawan tu.
Dengan parut lagi, lepas jerawat tu surut je, terus tinggal parut.
Macam macam product dah akak guna. 
Seriously talk, and pernah satu tahap tu, bf akak tegur “Yang muka you makin teruk laa”
Perghhhh, makan dalam wehh bf sendiri tegur muka makin teruk.

16 February 2017
Camera: iPhone 6 (without filter)
Masa ni muka breakout teruk sangat and
banyak betul jerawat yang keluar.
Seriously rasa down betul.

Akak sendiri rasa tak nak mengaku ini adalah diri akak.
Huwaaa :'(

Macam macam jenis pencuci muka akak try hokay tapi semua tak jalan.
Masa ni akak pakai pencuci muka Royal Expert.
Antara product lain yang akak pernah pakai ialah Garnier yang untuk jerawat.
Sama juga tak jalan.
Pernah makan ubat untuk resdung.
My sis jual ubat tu, but still sama juga muka masih berjerawat.
Macam putus asa gak rasa macam nak pergi hospital nak minta ubat Accutance tapi bila baca side effects dia, fuhhh!
Takut, yelah kot kot akak nak kawen ke time tu.
Mana bole makan. Ehhh, sibuk pulak citer pasal nak kawen ennn..

Then early of February 2017, ada satu video this one girl dah viral dia guna feminine wash as her cleanser.
Akak macam triggered nak tengok video tu.
Dia pergi jumpa doctor sebab demam.
Then doctor tu tegur muka dia and suggest kat dia untuk guna feminine wash.
Haaaaaa! Mesti korang macam "Whattttt??"
Nak tau tak apa first reaction kawan akak bila akak bagitau yang akak guna feminine wash.
"Eeeeee jijik laaaaa!" Hahahahahaha!


Taraaa!!
Ni la penyelamat akak :'(
LACTACYD: PROTECTING (pH Balanced)
Contains of lactic acid and lactoserum.
Setelah bertahun tahun pakai memacam cleanser,
pencuci pukss juga yang sesuai kat muka aii hahahahaha!

Harga: RM9-11 (60ml)
RM22-28 (250ml)

Sumber: Google Image

Actually product Lactacyd ni banyak types of feminine wash.
Akak beli yang kaler pink sebab dia pH balanced and akak ada buat research thru some readings cakap muka kita ni kena pencuci muka yang pH balanced.
Tapi ada juga akak baca kalau muka berjerawat kena pakai yang tinggi acid.
Entahla, akak pun pening.
So, akak pakai jela amek pH balanced ni.



27 February 2017
Camera: iPhone 6 (without filters)
Selepas 23 hari pakai Lactacyd.
Boleh tengok ada perubahan sikit dari first picture.
Jearawat dah makin surut.
Yeayyy!

Nak dapat clear face ni bukan pakai satu product je.
Opkos akak ada pakai product lain dan semestinya akak beli dari drugstore.
Sekarang macam macam product timbang kilo apa benda ntah buat muka rosak je.
So semua product akak guna ni memang semua dari Watson and Cosway.
Barang dia pun affordable and jom tengok list barang barang akak guna.


CETAPHIL: GENTLE SKIN CLEANSER
Ni kira God of Cleanser la kan?
Memang ramai feedback yang positive selepas guna cetaphil ni.
Cetaphil ni second cleanser yang akak guna.
Kalau nak lagi bagus, guna yang oily cleanser.
Tapi harga dia perghh, meroyan gak la.
Harga: RM20++ (125ml)

Sumber: Google Image

ST IVES: APRICOT SCRUB
BLEMISH CONTROL

Product ni antara salah satu product yang guna natural ingredients.
Paling best dia FREE PARABEN and NON COMEDOGENIC!
Harga: RM16 - 20

Sumber: Google Image

Cara nak guna cleanser dan tips basuh muka:

Akak guna teknik 2-4-2.
Orang Korea selalu buat and retis retis KPOP selalu amalkan.
Tapi tu dorang guna oil cleansing.
Oil cleasing pun bagus juga tapi akak miskin tak mampu beli. Ceh!

Okay. First akak basuh guna scrub.
Gosok perlahan guna scrub tu selama dua minit.
Then, guna feminine wash Lactacyd tu 4 minit.
Lastly, guna Cetaphil pulak and buat circular motion basuh selama 2 minit.

Mesti ramai tertanya, takpe ke pakai campur campur.
Masa mula mula dulu, akak hanya pakai Lactacyd dan St Ives Scrub sahaja.
Scrub sehari sekali. Ingat! SEKALI SEHARI.
Ada yang cakap scrub ni pakai dua kali seminggu.
Terpulang, St Ives ni pun suruh pakai hari hari and suruh stop kalau makin teruk.
Bila muka dah okay sikit, baru akak pakai Cetaphil sekali.
Kira dia bersihkan muka kita dua kali.
Kalau rasa tak selamat, boleh try pakai feminine wash sahaja sampai jerawat or acne betul betul surut dan hilang.


Next, nak kecutkan jerawat tu akak pakai T3 Mycin.
Mende alah ni sama macam Dalacin T.
Cecair and dap dap kat muka macam lotion tu.
Akak pergi ke bahagian pharmacy Watson and tanya pharmacist.
Dia suggest pakai ni and kandungan dia sama macam Dalacin cuma lebih murah sebab made in Malaysia.


T3 MYCIN: CLINDAMYCIN LOTION

Bau dia boleh tahan kuat juga.
Nak pakai benda ni kena ikut aturan.
2 kali sehari dan tak boleh lebih 8-12 minggu kalau tak salah.
Takut nanti acne akan jadi immune dan acne tu akan jadi
segerombolan askar yang menyerang kembali muka anda.
Muahahahaha!
Okay, tak lawak.
Harga: RM 30 - 40

Sumber: Google Image




HIMALAYA: PEEL OFF MASK

Ni antara product yang akak suka sangat.
Lepas pakai taruh kat muka tu, bila nak peel...
Fuhhh!!!!
Function dia untuk tarik segala kekotoran di muka
dan mengelakkan liang roma tersumbat.

Harga: RM27 - 32

Sumber: Google Image



NEUTROGENA; ALCOHOL FREE TONER

Lepas cuci muka, liang roma akan terbuka and
mestilah nak kena katup balik kan.
So, kena la guna toner.
Inilah satu satunya toner terbaik akak pernah pakai.
Before this, semua jenis toner akak pakai mesti melekit and
pastu buat muka akak berminyak.
Memang best gila pakai toner ni dan akak nak hiperbola_kan ayat akak
yang akak strongly recommend this product to you guys.

Harga: RM18++



Okay, seminggu sekali or dua kali masa nak tido, akak akan tempekkan face mask kat muka.
Selalu face mask ni akak bantai je.
Yang penting seminggu mesti pakai at least sekali.
Brand akak selalu guna Cosway: Multivitamin and Visibly Soft Milk.
Serious wehh, ni pun akak strongly recommend kat korang.
Lepas pakai je muka rasa lembut gebu gebas gittew.
Mengada betul akak punya ayat hahaha!!
Actually, akak ada gak pakai face mask dari Watson.
Berlambak kat Watson jual.
Pilih je nak yang mana.
Selalu akak pilih refining.


BIOGLO: VISIBLY SOFT MILK

Boleh dapatkan kat Cosway.
Antara mask terbaik dengan harga yang murah!!
Tapi korang mesti ada kad ahli kalau nak murah.
Tade kad pun tade hal, boleh pakai kad akak.
Untung akak dapat point lebih kikiki!

Harga: RM10-12++

Sumber: Google Image


Apa apa pun ni akak nak habaq maii.
Nak dapat clear face ni bukan dua tiga minggu terus hilang acne dan jerawat tu ye.
Akak sendiri took about 3-4 months untuk bebas jerawat batu bata yang melekat kat muka.
And parut opkosss, memang susah gila nak hilang.
It takes and consumes a lot of time to heal and free yourself from these acne scars.
Chewahh! sepiking omputih lakk aku.
Okay serius.

Untuk masa sekarang ni, nak treat parut memang susah.
At least korang banyak duit boleh buat laser.
Kalau korang pun spesis miskin macam akak ni, korang boleh try this one product.
Akak pun tengah pakai sekarang and actually baru je lagi pakai.
Cosmoderm Vitamin E cream 3000 iu.
Ada yang 1000 iu tapi nak strong pakai la yang tinggi level dia.
Pernah gak pakai Azanis Serum tapi muka makin naik jerawat sebab muka akak jenis oily so tak sesuai pakai serum.
Serum yang lama dulu yess, berkesan.
Yang baru ni agak oily sikit. Tak sesuai dengan akak.


COSMODERM: VITAMIN E CREAM 3,000 IU

Alhamdulillah, ni antara cream vitamin E yang terbaik setakat ni.
Parut akak memang pudar banyak lepas pakai cream ni.

Harga: RM27++

Sumber: Google Image

21 August 2017
Camera: iPhone 6 (without filters)

Alhamdullilah time ni acne memang clear abis and just tinggal parut je.
So korang boleh try pakai Cream E brand Cosmoderm tu.
In sha Allah.
Nota Kaki:

Okay, first sekali akak nak ingatkan kena SABAR SABAR dan SABAR ye adik akak abang sekalian.
Ni semua product from drugstore and korang jangan nak expect kesan dia dua tiga minggu macam product hanatttt yang membanjiri pasaran negara kita.
Aih macam pembaca berita dah ayat aku.
Okay! SERIUS!

Second, rajin rajin kan la diri anda minum air putih, air kosong atau mineral.
Yelah, akak tau orang Malaysia ni pelahap nirajim makan ikut suka je.
Exercise malas. (Aku antaranya hehek!)
So, banyakkan minum air putih ye untuk melancarkan proses perkumuhan korang tu.

Third, akak nak bagi tips sikit.
Walaupun muka kita teruk macam mana pun, yang penting ada seri.
So nak naikkan seri tu ada tips dia.
Masa lepas cuci muka tu, selawat 3 kali.
Then lepas solat tu boleh amalkan baca surah Yusuf ayat 4.
Baca selepas sembahyang ye adik akak sekalian.
Paling Penting!!
Selalu akak ingatkan kat readers akak yang baca pasal review skincare ni,
Air wudhuk kena sampai ke muka 5 kali sehari.
Air wudhuk tak sampai hanya ketika engko period je.
Ehem!

Sebab korang dengan sabarnya baca entry akak ni sampai habis.
So, akak bagi la sikit hadiah gambar muka akak time dah okay ye.
Hahahaha! ni pun dikira hadiah ke???
Membongak jo kojo..


18 October 2017

Camera: iPhone 6 (Instagram apps and without filters)
Ni serius tak pakai filters ehh, and akak suka amek
gambar guna camera ig sebab ntah lawa kot.
Ke akak yang perasan? HuHu!
Ni ada la tepek mekap sikit, so tercover la sikit flaw di muka aii
Jangan Marah ye :P



Haaaa ni baru betul akak pakai filters!!
Choiii, kepada lelaki sekalian jangan percaya
sangat tengok picture perempuan lawa kat internet
kikiki!!!

Ni betul tak yah guna apa apa product.
Pakai product apps kat hp jerrr..

Thank you sayang sayang sekalian.
Please leave a comment down here and any thoughts!
Much love!


2 comments:

  1. Nak tanya, toner, peel-off mask guna masa awal2 pakai cleanser tu jgk ke? Kiranya lps breakout terus guna cleanser tu ke detox kulit dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna terus masa breakout tu. Tapi kulit muka ni depends. Saya tak tau kulit muka awak mcm mana. As for me, masa breakout memang saya pakai ikut routine mcm saya terangkan.

      -admin

      Delete