Friday, November 3, 2017

Feminine Wash Hilangkan Jerawat? Semua Produk Adalah Dari Drugstore!

Hai pembaca hakak sekalian.
So this entry akak nak share pasal macam mana nak dapat clear face from acne.
Actually muka akak tade la flawless bak angg tapi Alhamdullillah dah clear sikit dari acne dan jerawat.
Dulu stress tau muka akak ditumbuhi jerawat macam cendawan tu.
Dengan parut lagi, lepas jerawat tu surut je, terus tinggal parut.
Macam macam product dah akak guna. 
Seriously talk, and pernah satu tahap tu, bf akak tegur “Yang muka you makin teruk laa”
Perghhhh, makan dalam wehh bf sendiri tegur muka makin teruk.

16 February 2017
Camera: iPhone 6 (without filter)
Masa ni muka breakout teruk sangat and
banyak betul jerawat yang keluar.
Seriously rasa down betul.

Akak sendiri rasa tak nak mengaku ini adalah diri akak.
Huwaaa :'(

Macam macam jenis pencuci muka akak try hokay tapi semua tak jalan.
Masa ni akak pakai pencuci muka Royal Expert.
Antara product lain yang akak pernah pakai ialah Garnier yang untuk jerawat.
Sama juga tak jalan.
Pernah makan ubat untuk resdung.
My sis jual ubat tu, but still sama juga muka masih berjerawat.
Macam putus asa gak rasa macam nak pergi hospital nak minta ubat Accutance tapi bila baca side effects dia, fuhhh!
Takut, yelah kot kot akak nak kawen ke time tu.
Mana bole makan. Ehhh, sibuk pulak citer pasal nak kawen ennn..

Then early of February 2017, ada satu video this one girl dah viral dia guna feminine wash as her cleanser.
Akak macam triggered nak tengok video tu.
Dia pergi jumpa doctor sebab demam.
Then doctor tu tegur muka dia and suggest kat dia untuk guna feminine wash.
Haaaaaa! Mesti korang macam "Whattttt??"
Nak tau tak apa first reaction kawan akak bila akak bagitau yang akak guna feminine wash.
"Eeeeee jijik laaaaa!" Hahahahahaha!


Taraaa!!
Ni la penyelamat akak :'(
LACTACYD: PROTECTING (pH Balanced)
Contains of lactic acid and lactoserum.
Setelah bertahun tahun pakai memacam cleanser,
pencuci pukss juga yang sesuai kat muka aii hahahahaha!

Harga: RM9-11 (60ml)
RM22-28 (250ml)

Sumber: Google Image

Actually product Lactacyd ni banyak types of feminine wash.
Akak beli yang kaler pink sebab dia pH balanced and akak ada buat research thru some readings cakap muka kita ni kena pencuci muka yang pH balanced.
Tapi ada juga akak baca kalau muka berjerawat kena pakai yang tinggi acid.
Entahla, akak pun pening.
So, akak pakai jela amek pH balanced ni.



27 February 2017
Camera: iPhone 6 (without filters)
Selepas 23 hari pakai Lactacyd.
Boleh tengok ada perubahan sikit dari first picture.
Jearawat dah makin surut.
Yeayyy!

Nak dapat clear face ni bukan pakai satu product je.
Opkos akak ada pakai product lain dan semestinya akak beli dari drugstore.
Sekarang macam macam product timbang kilo apa benda ntah buat muka rosak je.
So semua product akak guna ni memang semua dari Watson and Cosway.
Barang dia pun affordable and jom tengok list barang barang akak guna.


CETAPHIL: GENTLE SKIN CLEANSER
Ni kira God of Cleanser la kan?
Memang ramai feedback yang positive selepas guna cetaphil ni.
Cetaphil ni second cleanser yang akak guna.
Kalau nak lagi bagus, guna yang oily cleanser.
Tapi harga dia perghh, meroyan gak la.
Harga: RM20++ (125ml)

Sumber: Google Image

ST IVES: APRICOT SCRUB
BLEMISH CONTROL

Product ni antara salah satu product yang guna natural ingredients.
Paling best dia FREE PARABEN and NON COMEDOGENIC!
Harga: RM16 - 20

Sumber: Google Image

Cara nak guna cleanser dan tips basuh muka:

Akak guna teknik 2-4-2.
Orang Korea selalu buat and retis retis KPOP selalu amalkan.
Tapi tu dorang guna oil cleansing.
Oil cleasing pun bagus juga tapi akak miskin tak mampu beli. Ceh!

Okay. First akak basuh guna scrub.
Gosok perlahan guna scrub tu selama dua minit.
Then, guna feminine wash Lactacyd tu 4 minit.
Lastly, guna Cetaphil pulak and buat circular motion basuh selama 2 minit.

Mesti ramai tertanya, takpe ke pakai campur campur.
Masa mula mula dulu, akak hanya pakai Lactacyd dan St Ives Scrub sahaja.
Scrub sehari sekali. Ingat! SEKALI SEHARI.
Ada yang cakap scrub ni pakai dua kali seminggu.
Terpulang, St Ives ni pun suruh pakai hari hari and suruh stop kalau makin teruk.
Bila muka dah okay sikit, baru akak pakai Cetaphil sekali.
Kira dia bersihkan muka kita dua kali.
Kalau rasa tak selamat, boleh try pakai feminine wash sahaja sampai jerawat or acne betul betul surut dan hilang.


Next, nak kecutkan jerawat tu akak pakai T3 Mycin.
Mende alah ni sama macam Dalacin T.
Cecair and dap dap kat muka macam lotion tu.
Akak pergi ke bahagian pharmacy Watson and tanya pharmacist.
Dia suggest pakai ni and kandungan dia sama macam Dalacin cuma lebih murah sebab made in Malaysia.


T3 MYCIN: CLINDAMYCIN LOTION

Bau dia boleh tahan kuat juga.
Nak pakai benda ni kena ikut aturan.
2 kali sehari dan tak boleh lebih 8-12 minggu kalau tak salah.
Takut nanti acne akan jadi immune dan acne tu akan jadi
segerombolan askar yang menyerang kembali muka anda.
Muahahahaha!
Okay, tak lawak.
Harga: RM 30 - 40

Sumber: Google Image




HIMALAYA: PEEL OFF MASK

Ni antara product yang akak suka sangat.
Lepas pakai taruh kat muka tu, bila nak peel...
Fuhhh!!!!
Function dia untuk tarik segala kekotoran di muka
dan mengelakkan liang roma tersumbat.

Harga: RM27 - 32

Sumber: Google Image



NEUTROGENA; ALCOHOL FREE TONER

Lepas cuci muka, liang roma akan terbuka and
mestilah nak kena katup balik kan.
So, kena la guna toner.
Inilah satu satunya toner terbaik akak pernah pakai.
Before this, semua jenis toner akak pakai mesti melekit and
pastu buat muka akak berminyak.
Memang best gila pakai toner ni dan akak nak hiperbola_kan ayat akak
yang akak strongly recommend this product to you guys.

Harga: RM18++



Okay, seminggu sekali or dua kali masa nak tido, akak akan tempekkan face mask kat muka.
Selalu face mask ni akak bantai je.
Yang penting seminggu mesti pakai at least sekali.
Brand akak selalu guna Cosway: Multivitamin and Visibly Soft Milk.
Serious wehh, ni pun akak strongly recommend kat korang.
Lepas pakai je muka rasa lembut gebu gebas gittew.
Mengada betul akak punya ayat hahaha!!
Actually, akak ada gak pakai face mask dari Watson.
Berlambak kat Watson jual.
Pilih je nak yang mana.
Selalu akak pilih refining.


BIOGLO: VISIBLY SOFT MILK

Boleh dapatkan kat Cosway.
Antara mask terbaik dengan harga yang murah!!
Tapi korang mesti ada kad ahli kalau nak murah.
Tade kad pun tade hal, boleh pakai kad akak.
Untung akak dapat point lebih kikiki!

Harga: RM10-12++

Sumber: Google Image


Apa apa pun ni akak nak habaq maii.
Nak dapat clear face ni bukan dua tiga minggu terus hilang acne dan jerawat tu ye.
Akak sendiri took about 3-4 months untuk bebas jerawat batu bata yang melekat kat muka.
And parut opkosss, memang susah gila nak hilang.
It takes and consumes a lot of time to heal and free yourself from these acne scars.
Chewahh! sepiking omputih lakk aku.
Okay serius.

Untuk masa sekarang ni, nak treat parut memang susah.
At least korang banyak duit boleh buat laser.
Kalau korang pun spesis miskin macam akak ni, korang boleh try this one product.
Akak pun tengah pakai sekarang and actually baru je lagi pakai.
Cosmoderm Vitamin E cream 3000 iu.
Ada yang 1000 iu tapi nak strong pakai la yang tinggi level dia.
Pernah gak pakai Azanis Serum tapi muka makin naik jerawat sebab muka akak jenis oily so tak sesuai pakai serum.
Serum yang lama dulu yess, berkesan.
Yang baru ni agak oily sikit. Tak sesuai dengan akak.


COSMODERM: VITAMIN E CREAM 3,000 IU

Alhamdulillah, ni antara cream vitamin E yang terbaik setakat ni.
Parut akak memang pudar banyak lepas pakai cream ni.

Harga: RM27++

Sumber: Google Image

21 August 2017
Camera: iPhone 6 (without filters)

Alhamdullilah time ni acne memang clear abis and just tinggal parut je.
So korang boleh try pakai Cream E brand Cosmoderm tu.
In sha Allah.
Nota Kaki:

Okay, first sekali akak nak ingatkan kena SABAR SABAR dan SABAR ye adik akak abang sekalian.
Ni semua product from drugstore and korang jangan nak expect kesan dia dua tiga minggu macam product hanatttt yang membanjiri pasaran negara kita.
Aih macam pembaca berita dah ayat aku.
Okay! SERIUS!

Second, rajin rajin kan la diri anda minum air putih, air kosong atau mineral.
Yelah, akak tau orang Malaysia ni pelahap nirajim makan ikut suka je.
Exercise malas. (Aku antaranya hehek!)
So, banyakkan minum air putih ye untuk melancarkan proses perkumuhan korang tu.

Third, akak nak bagi tips sikit.
Walaupun muka kita teruk macam mana pun, yang penting ada seri.
So nak naikkan seri tu ada tips dia.
Masa lepas cuci muka tu, selawat 3 kali.
Then lepas solat tu boleh amalkan baca surah Yusuf ayat 4.
Baca selepas sembahyang ye adik akak sekalian.
Paling Penting!!
Selalu akak ingatkan kat readers akak yang baca pasal review skincare ni,
Air wudhuk kena sampai ke muka 5 kali sehari.
Air wudhuk tak sampai hanya ketika engko period je.
Ehem!

Sebab korang dengan sabarnya baca entry akak ni sampai habis.
So, akak bagi la sikit hadiah gambar muka akak time dah okay ye.
Hahahaha! ni pun dikira hadiah ke???
Membongak jo kojo..


18 October 2017

Camera: iPhone 6 (Instagram apps and without filters)
Ni serius tak pakai filters ehh, and akak suka amek
gambar guna camera ig sebab ntah lawa kot.
Ke akak yang perasan? HuHu!
Ni ada la tepek mekap sikit, so tercover la sikit flaw di muka aii
Jangan Marah ye :P



Haaaa ni baru betul akak pakai filters!!
Choiii, kepada lelaki sekalian jangan percaya
sangat tengok picture perempuan lawa kat internet
kikiki!!!

Ni betul tak yah guna apa apa product.
Pakai product apps kat hp jerrr..

Thank you sayang sayang sekalian.
Please leave a comment down here and any thoughts!
Much love!


Sunday, January 24, 2016

Testimoni Royal Expert Basic Set

Hai readers
Entry yang ini just nak sharing testimoni hakak sebagai pengguna Royal Expert
Entry ni tiada kena mengena dengan sebarang penjualan produk dan akak tidak dibayar untuk promote produk ni ye cik adik akak macik sekalian.
Entry ni just nak sharing experience akak semasa pakai produk ni.


Royal Expert Basic Set


Royal Expert ni produk dari Pakistan and kandungan dia pun terdiri daripada herba herba.
Krim dia pun memang bau macam herba sikit.
Royal Expert ni under company Ortus Expert White.
So akak malas nak mukadimah panjang panjang sangat pasal background company ni.
Akak memang cerewet sikit bab produk.
Yelah sekarang banyak betul produk kecantikkan ni.
Macam macam kan, takut ada merkuri apa semua.
Tapi setakat ni pakai Royal Expert, Alhamdullillah memang bagus sangat sangat.
Sebelum akak beli, gigih tau akak cari informasi berkaitan produk ni.
In sha Allah selamat dan testimoni dari pengguna lain pun memberangsangkan.

Akak beli yang set basic je.
Harga RM168.
Kopak akak sekejap tapi nak cantik punya pasal, beli jela sambil tutup mata.
Set basic ni ada Royal Expert Facial Cleanser, Royal Expert Whitening Soap dan Royal Expert White Cream.
Yang mahal sebenarnya krim dia ni haa.
RM120 approx.
Tapi yang bestnya, krim ni boleh tahan lebih dari 3 bulan based on berapa banyak pemakaian anda semua.
Cleanser dan sabun dia pun masih banyak lagi.
Tak sia sia akak laburkan duit akak.
Huhu!



Nah akak belanja muka akak dulu sebelum pakai RE
Pic ni first day pakai RE
Akak minta mahap la tertayang gigi sebab time ni
akak baru lepas balik dari cabut gigi sebab nak pakai braces
Scary en? Muka jerawat pastu hitam lagi
Padahal akak dah tempek concealer, mousse dan bedak Maybelline
Tapi still hitam dan berminyak
Euuww!
Huhu!
Tarikh ni 28/10/2015


Ni pic masa bulan puasa tahun 2015
Nampak tak beza putih akak dengan anak buah akak?
Macam bulan mendung dengan matahari
Over la pulak!


RE guarantee cakap lepas dua minggu pemakaian baru ada kesan and seriously memang lepas dua minggu muka akak dah start putih uolls.
Akak ada baca testimoni orang lain.
Dorang cakap berbulan baru ada kesan.
Mungkin akak ni sesuai kot dengan Royal Expert ni, tu yang kesan boleh nampak seawal dua minggu gittew.



Nah, jangan cakap akak tak payung ye.
Tarikh 25/12/2015
Camera: iPhone 6 (without filters)
Tengok abam kat sebelah pun nampak gelap dan mendung

Haaa akak payung lagi satu gambar
Tarikh 02/01/2016
Camera; iPhone 6 (without filters)
Akak tak pakai mekap okay.
Langsung tak pakai apa apa pun time ni
Just pakai krim Royal Expert je


Lepas pakai seriously muka akak jadi putih.
Sampai mak, adik, akak and sepupu sepapat terkejut gittew dengan perubahan akak.
Ni tak bohong, kazen akak cakap muka akak putih melepak.
Memang nampak muka dia terkejut gila.
Tapi akak diam je sebab akak pun terkejut sebenarnya dia cakap macam tu.

Akak sulung akak pun sama juga dia cakap muka akak putih betul.
Actually, akak tak nak la muka putih sangat.
Just nak hilangkan jerawat dan parut kat muka je.
Jerawat memang susah nak tumbuh lepas pakai produk ni tapi still juga pandai tumbuh sometime.
Yang paling best pakai produk ni, muka dah tak berminyak gila gila.

Dulu muka akak punya la berminyak sampai hitam muka akak dibuatnya.
Kalau lap and perah mungkin boleh buat jadi minyak masak kat rumah. Euuwww! Hahaha!
Cuma nak hilangkan parut dan pigmentasi tu memang agak susah la.

Dahla akak ni kalau tumbuh jerawat pandai jadi parut pastu jadi hitam parut tu.
Tapi Alhamdullillah, lepas pakai memang hilang la hitam hitam parut tu kat muka.
Cuma ambil masa sikit.
Tapi bab putihkan muka, memang magical sangat.


Kalau dulu akak punya muka mendung
Sekarang dah nak sama putih dah dengan muka anak buah
Cuma parut jerawat tu tengah healing process lagi

Okay la okay la.
Akak tau dah muak nak tengok
Last la ni akak payung


Last nota kaki akak nak bagi

*Kena rajin pakai krim ni untuk peringkat awal pemakaian
Memang kena  pakai sepanjang masa. Kalau nak solat kena wudhuk pastu lepas solat sapu krim lagi balik.
5 kali solat, 5 kali sapu krim.
Kena rajin la masa mula mula.

Konsisten ye akak akak sekalian.
Banyakkan minum air suam dan air kosong.
Yang paling penting, air wudhuk kena sentiasa sampai muka 5 kali sehari.
okay bye sayang sayang sekalian.

**Akak ada update entry macam mana nak dapat clear face dari acne hanya guna products dari drugstore and boleh click link bawah ni

Clear Face using products from Drugstore 


Thursday, November 12, 2015

Persediaan untuk Si Gigi Besi aka Pendakap Gigi: Braces On!

11 November 2015
Tu tarikh aku pakai braces. Entry ni maybe sama macam orang lain yang nak pakai braces.
Tapi aku just nak share experiences dari mula which pre braces sampai la after installed the braces ni.
Entry ni agak panjang.
So keep calm and continue your reading and enjoy.

Stage 1: Checking and Moulding
Mula mula sekali aku pergi check gigi kat klinik.
Klinik aku pilih ni dekat je dengan rumah aku.
Check up and moulding ni free of charge je kat klinik aku pergi tu.
Tak tau la klinik yang lain.
After dia moulding tu, doc tu study dulu kedudukan gigi aku.
And according to him, gigi aku ni memang crowding. Hmmmm. Teruk.
That’s why bila aku selfie or bergambar aku tak pernah senyum buka mulut tunjuk gigi.
Kenapa? Malu la wei.

Ni contoh replika gigi after moulding siap.
Ni bukan gigi aku, Gigi aku jongang takde nak rata macam ni aihhh.
And kalau gigi aku rata, buat apa aku perabis duit pakai braces ye dok??
Ini ntah gigi sape sape ntah aku rembat kat Mr. Google


Stage 2: Scaling Dan Tampal
Gigi aku memang crowding tapi aku tak tau kenapa doc ni tak buat xray kat aku.
Kawan aku kena pulak xray.
Setau aku Xray gigi dalam harga RM30
So kes aku ni memang takde buat Xray.
Ntahla, aku malas nak tanya banyak banyak so aku ikut jela.
Scaling ni, doctor cuci gigi aku. Mula mula aku tengok macam tade perubahan pun.
But after several days, tiba tiba dia jadi shining.
Dan aku pun terkejut la konon kononnya.
Lepas scaling tu, doc yang hensem bak hang tu tampal pulak gigi aku.
Price for scaling = RM 80
Price for tampal gigi = RM 70
Total = RM 150 melayang dengan jayanya untuk hari tu.

Stage 3: Cabut Gigi
Jengggg !
Time untuk cabut gigi pulak wei.
Aku cakap la kan, honestly.
Time cabut tu, fuhhhh ! Tak sakit langsung.
Masa nak cabut tu, gedik la aku konon kononnya aku takut.
Yelah doctor hensem tak hengatt kan.
Okay okay serius.
Memang tak rasa apa pun sebab sebelum dia inject bagi kebas gusi, dia spray dulu untuk bagi kebas dinding gusi tu.
Ertinya, dia bagi kebas dua kali.
So masa kena inject tu memang tak rasa mende.
Apa lagi time cabut. Memang tade rasa pun.
Tapi bunyi gigi ko kena cabut “krekk” “krekkkk” tu memang ngilu la rasa aku gitau.

Time ni masa first time cabut gigi.
Seram nakkk playar dia.
Jarum dia lagi.
Kussss semangat !



Gigi aku kena cabut 4 batang.
Kiri 2 batang atas bawah and kanan 2 batang atas bawah.
So ikut perkiraan matematik 2+2=4 kan??
Masa minggu first, cabut yang sebelah kanan dulu.
Memang sengsara la sebab darah dia tak berhenti mengalir.
Seksa wei, nak cakap susah,  pastu nak makan susah.
Sembahyang yang paling susah sebab aku langsung tak boleh buka mulut nak baca doa.
Ntahla, aku tawakal je time tu.
Minggu kedua pulak, cabut 2 batang lagi sebelah kiri.
Yang time ni okay pulak cepat stop bleeding dia.
Tapi lepas habis ubat kebas dia, ya Allah ya Tuhanku.
Minta ampunnnnnnn aku cakap. Sakit !!
Dua kali aku telan Panadol.
Masa first cabut dulu tak pulak sakit macam sampai macam tu, tapi prob masa first cabut bleeding dia tu lambat stop.


Price untuk cabut sebatang gigi ni RM 70.
RM 70 x 4 Batang gigi = RM 280
Betul tak kiraan aku ni?
Fuhhh, melayang lagi duit.


Aku nak share pic aku lepas cabut gigi tapi ntah kenapa aku rasa malu.
So aku tak share la ehh??


Stage 4: Installing Braces Process
Before kena pasang braces tu, doctor tu tanya dulu nak pakai mana satu.
Traditional or advance.
Beza antara dua ni, traditional amek masa yang lama sikit tapi murah dari segi harga just RM5000.
Murah la sangat kan?? Pffftttt !
Pastu boleh letak getah kaler kaler.
Kalau ikut  gigi aku yang jongang teruk ni bak kata doctor, dalam 3 tahun jugak la kena pakai.

Kalau advance pulak, dia singkat sikit duration pakai tu.
Kalau traditional 3 tahun, advance pulak dalam 2 tahun la macam tu.
Harga dia mahal RM1000 dari traditional so means RM6000.
Advance ni dia punya forces tak kuat sangat which can expand the position of our teeth.
Kiranya, tekanan braces advance ni tak kuat sangat dan hal ini bagus untuk kembangkan kedudukan gigi supaya dapat menggerakkan gigi ke kedudukannya dengan lebih cepat.
Ya Allah, skemanya ayat aku.
And akhirnya aku pun pilih la amek braces advance ni setelah termakan ayat ayat manis doctor hensem tentang kebaikkan braces jenis ni. Hmmm, lemah sungguh !

The day aku buat appointment ni, dia suruh buat waktu pagi sebab agak lama nak install.
Amek masa dalam dua jam jugak la.
*Selalu aku pi klinik time petang, sebab pagi aku dok mengeroh lagi kat bilik*
So, dia pasangkan penahan mulut supaya mulut aku boleh nganga luas luas tak terkatup.
So dia pakaikan la bracket tu satu satu ke gigi.
Lama gila weiii, sampai aku rasa nak tertido pun ada.
Mulut lagi rasa sengal sengal sebab menganga je sampai nak dekat dua jam.
Lepas siap tu, doctor akan bagi WAX untuk tampal braces yang ko rasa tajam tajam tu.
Bila dah abisje wax tu, ko minta je lagi kat doctor tu.
Jangan takut keh???



Contoh mouth opener. Ntah apa nama betul dia. Aku main bantai je panggil mouth opener.
Ne la muka aku time pasang. Pffffftttt !
Kalau korang percaya , memang hantu la.

Time aku buat tu, aku kena pasangkan yang macam ni la. Sakit wei !
Sampai lebam kot bibir aku jadi hitam hitam.
Yang pastinya ni bukan aku.
ngeeeee :D



So the result is…….

Ntah jelas ke tak pada pandangan korang.
Aku ada 3 gigi taring. So ketiga tiga ni nak kena tarik masuk tempat dia balik.
Cantik kan? Haaaa, ko cakap cantik memang ko penipu.
Doctor tu cakap gigi aku ni crowding betul.
sedih tau sob sob sob....


Tips and conclusion

Kepada korang yang nak pakai braces tu, aku nak nasihat supaya korang kena sedia kuat kuat dari segi mental, fizikal dan kaching kaching $$$

Serius, ko tak kuat mental je, boleh meroyan ko sebab gigi sakit - Lepas cabut gigi.
Financial jugak nak kena strong sebab every week check up then cabut and semua procedures tu bukan la free dan harga yang dia cas pun.. hmmmmm...
*Patutnya aku beli iPhone 6s tapi terpaksa korban nak buat gigi punya pasal.

Kalau korang tak boleh bayar cash, cari klinik yang terima installment.
Macam aku, deposit RM2000 then bulan bulan bayar RM250.
Ertinya baki RM4000, aku kena bayar untuk 16bulan berikutnya.
Review every month, klinik tu cakap free je termasuk dalam installment.
Ntah, aku tak pergi lagi. Baru 2 hari aku pakai gigi besi ni. Ngeh ngeh !

Lepas aku pakai tu, alhamdullillah secara jujur aku tak rasa sakit langsung.
Banyak aku baca kat blog orang cakap sakit sampai nak meroyan.
Aku ni takla sakit sampai macam tu.
Cuma first day memang langsung tak boleh mengunyah la.
Makan bubur la sampai sebulan jawabnya.
Rasa sengal sengal gusi and gigi tu.

Kuatkan fizikal juga sebab ko akan makan bubur sebagai makanan ruji ko untuk beberapa hari.
Hahahaha!
Serius, aku lapar gilaaa kot tengah malam.
Makan bubur sekejap je kenyang.
Sampai aku beli air susu fresh banyak banyak kat kedai untuk jadi stok aku tengah malam.

Then, lepas dah pakai braces ni jugak, korang kena lebih extra protection untuk gigi korang.
Flos, interdental brush, breath spray (optional), ubat kumur kumur.
Menatang ni semua pun duit juga.
haihh, nak gigi cantik punya pasal.

Ni barang wajib yang ada untuk aku. lepas makan,
memang akan menyangkut kat gigi and dawai braces tu.
So, korang boleh guna interdental brushes yg kecik kecik tu.
Kat Watson ada jual dalam RM10
Flos pulak, yg ada pemegang tu mungkin tak boleh guna lepas ko pakai braces.
So aku suggest pakai yg flos tali punya macam Colgate tu with price RM9
Semua ko boleh dapat kat Watson je.
Yang dalam box pink tu, tula wax
benda ni doctor je bagi.
Tade jual.
Tampal kat braces yang tajam and ko rasa tak selesa.
Yang botol penutup putih tu, breath spray.
Saja beli kot kot nak bagi wangi mulut.


Okay, hope korang semua dapat la tambah tambah ilmu yaa..
ada apa apa inquiries just leave a comment down there.
Aku akan reply within 1-2 hours ikut cepatnya noti masuk ke email.



Tangan yang menaip,

Fiz














Saturday, October 31, 2015

Cara dan Tips Nak Tahu Lelaki Ideal untuk Anda

Hai readers

Okay malas nak mukadimah memanjang, korang baca la sampai bawah yaaa.


1. KENALI DIRI ANDA

Girls, sebelum korang nak tahu si dia ideal ke tak untuk diri anda, korang kena kenali diri sendiri dahulu.
Korang rasa korang ni jenis macam mana?
Adakah anda seorang jenis yang...
Manja? Lemah lembut? Gila - gila?

Honestly, aku ni suka observe (perhatikan) hubungan kawan kawan aku.
Mostly, mereka akan pilih lelaki yang perangai macam dorang jugak.
For example, kalau ,macam aku ni jenis gila - gila dan kasar. 
So, bf aku pun jenis kasar dan gila - gila jugak.
Thats why kami guna 'aku kau' untuk bahasakan diri masing masing.

Aku tengok some of kawan aku yang lemah lembut dan bila bercakap pun lembut je, lelaki yang dia pilih pun mesti lembut jugak. 
Bukan lelaki lembut yang ala ala sotong itu okay.
So kiranya, anda semua pilih la yang sama perangai. Okeh?


2. BUAT PERANGAI KEPALA BATU

So, ni tips and cara kedua nak tahu lelaki tu ideal ke tak untuk kau.
Lumrah memang perempuan ialah makhluk yang paling susah nak dijaga sebab perangai sentiasa macam baby.
Cuba testing buat perangai kepala batu, pastu tengok effort si dia time pujuk korang balik macam mana.
Erti kata lain, tengok tahap kesabaran dia macam mana.
Girls, you really need a guy yang sangatlah penyabar.
Please, pilih lelaki yang penyabar. 
Sebab lelaki yang penyabar ni adalah pilihan yang terbaik antara semuanya. Trust me dear. 
Girls, nasihat aku. Kalau dia tak tahan dengan perangai kepala batu kau, better leave him okay.

Bayangkan lepas kawin nanti, time kau tengah pregnant dan setelah bersalin.
Lepas bersalin lagilah teruk perangai kepala batu kau keluar. 
Emosi mudah nak kelaut ke bintang kejora kau tau tak.
Trust me even aku ni belum kawin. Eh.
Kau nak makan hati ke lepas kau kawin nanti?
Perempuan ni kadang kadang terpaksa kawal kelakuan, pendam perasaan and rasa tersisih sebab takut kena marah bf.
Kalau baru couple dah kena marah, bayangkanlah lepas kawin macam mana.
Aku bukan nak suruh korang selalu buat perangai. No.
Ni just testing. 
Diulangi!!
Testing untuk tengok effort orang yang kau chentaaa tu.
Faham kan? Okay, kalau faham angguk kepala. Bagus anak mak ni.


3. TERIMA KAU SEADANYA

Selalunya, lelaki ni nak pilih yang lawa je.
Asal lawa je, itulah yang lelaki nak.
Habis, kita yang tak lawa ni sape nak?
Emm, korang of course la lawa. Aku ni?
Nasib la bf aku ni terima jugak aku seadanya walaupun muka hodoh gigi jongang.
Dia cakap aku tetap lawa. Ehhh??
Sorry la terpuji diri. Sape lagi nak puji kan.
Nak harap korang puji, macam susah je. Hikhik!

Pilih lelaki yang tak tengok rupa kau melainkan kau sememangnya diciptakan oleh Allah SWT ada iras Jessica Alba.
Kalau dia bising suruh kau ubah dressing la, itu ini la, nak kurus, nak thigh, breast mendada, montok semua.
Maap la, he's looking for KFC.
You are high standard person, not some cheap value meal okay.


4. BUAT PERANGAI KEANAK - ANAKAN

Kalau tadi perangai kepala batu, sekarang perangai keanak-anakan pulak.
Pelik pelik je aku ajar korang kan? Ehh??
Tade aku saja saja nak suruh anda semua buat benda yang takde paedahnyerrr..
Tapi serius okay.
Ni based on observation aku.
Nak tahu kenapa aku suruh buat macam ni, sebab nak tengok tahap matang si lelaki kau suka dan chentaa la.

Maksud keanak-anakan ini ialah macam perangai yang buat orang lain rasa annoying la.
Kadangkala, kita perlu testing tengok kesungguhan lelaki ni.
Seriously perempuan ni perlukan lelaki yang matang sebab lelaki kan pemimpin.
Sematang mana pun wanita, tapi ada sesetengah situasi yang akan menyebabkan wanita jadi tak matang.


_________________________________________________

Haaa, tu jela kot. 
Aku suggest semua ni bukan untuk anda semua selalu amalkan okay.
Tapi untuk korang observe sama ada si dia ideal ke tak untuk anda.
Aku tak cakap semua aku suggest ni berkesan.
Terpulang kepada individu itu sendiri nak yang macam mana.

Tapi bagi aku, pilih la lelaki yang penyabar dan tak mudah marah.
Penyabar tu paling penting, sebab bila dia seorang yang sabar, pasti dia bukan seorang yang mudah marah.
Orang yang tak mudah marah ni pastinya seorang yang matang.

Girls, jangan takut kalau lelaki itu tinggalkan kau.
Thats mean he doesnt deserve you.
Dont low yourself for some guys yang baru bergelar bf ya.
Nasihat aku paling last, kau bercinta dulu dengan Allah SWT.
In sha Allah, Allah SWT akan hantar lelaki yang terbaik untuk kau.

Itu aku pegang dari dulu sampai sekarang. 
P/S: kalau nak pilih suami pilih yang tak tinggal solat. kbai !





Love, Fiz