Thursday, November 12, 2015

Persediaan untuk Si Gigi Besi aka Pendakap Gigi: Braces On!

11 November 2015
Tu tarikh aku pakai braces. Entry ni maybe sama macam orang lain yang nak pakai braces.
Tapi aku just nak share experiences dari mula which pre braces sampai la after installed the braces ni.
Entry ni agak panjang.
So keep calm and continue your reading and enjoy.

Stage 1: Checking and Moulding
Mula mula sekali aku pergi check gigi kat klinik.
Klinik aku pilih ni dekat je dengan rumah aku.
Check up and moulding ni free of charge je kat klinik aku pergi tu.
Tak tau la klinik yang lain.
After dia moulding tu, doc tu study dulu kedudukan gigi aku.
And according to him, gigi aku ni memang crowding. Hmmmm. Teruk.
That’s why bila aku selfie or bergambar aku tak pernah senyum buka mulut tunjuk gigi.
Kenapa? Malu la wei.

Ni contoh replika gigi after moulding siap.
Ni bukan gigi aku, Gigi aku jongang takde nak rata macam ni aihhh.
And kalau gigi aku rata, buat apa aku perabis duit pakai braces ye dok??
Ini ntah gigi sape sape ntah aku rembat kat Mr. Google


Stage 2: Scaling Dan Tampal
Gigi aku memang crowding tapi aku tak tau kenapa doc ni tak buat xray kat aku.
Kawan aku kena pulak xray.
Setau aku Xray gigi dalam harga RM30
So kes aku ni memang takde buat Xray.
Ntahla, aku malas nak tanya banyak banyak so aku ikut jela.
Scaling ni, doctor cuci gigi aku. Mula mula aku tengok macam tade perubahan pun.
But after several days, tiba tiba dia jadi shining.
Dan aku pun terkejut la konon kononnya.
Lepas scaling tu, doc yang hensem bak hang tu tampal pulak gigi aku.
Price for scaling = RM 80
Price for tampal gigi = RM 70
Total = RM 150 melayang dengan jayanya untuk hari tu.

Stage 3: Cabut Gigi
Jengggg !
Time untuk cabut gigi pulak wei.
Aku cakap la kan, honestly.
Time cabut tu, fuhhhh ! Tak sakit langsung.
Masa nak cabut tu, gedik la aku konon kononnya aku takut.
Yelah doctor hensem tak hengatt kan.
Okay okay serius.
Memang tak rasa apa pun sebab sebelum dia inject bagi kebas gusi, dia spray dulu untuk bagi kebas dinding gusi tu.
Ertinya, dia bagi kebas dua kali.
So masa kena inject tu memang tak rasa mende.
Apa lagi time cabut. Memang tade rasa pun.
Tapi bunyi gigi ko kena cabut “krekk” “krekkkk” tu memang ngilu la rasa aku gitau.

Time ni masa first time cabut gigi.
Seram nakkk playar dia.
Jarum dia lagi.
Kussss semangat !



Gigi aku kena cabut 4 batang.
Kiri 2 batang atas bawah and kanan 2 batang atas bawah.
So ikut perkiraan matematik 2+2=4 kan??
Masa minggu first, cabut yang sebelah kanan dulu.
Memang sengsara la sebab darah dia tak berhenti mengalir.
Seksa wei, nak cakap susah,  pastu nak makan susah.
Sembahyang yang paling susah sebab aku langsung tak boleh buka mulut nak baca doa.
Ntahla, aku tawakal je time tu.
Minggu kedua pulak, cabut 2 batang lagi sebelah kiri.
Yang time ni okay pulak cepat stop bleeding dia.
Tapi lepas habis ubat kebas dia, ya Allah ya Tuhanku.
Minta ampunnnnnnn aku cakap. Sakit !!
Dua kali aku telan Panadol.
Masa first cabut dulu tak pulak sakit macam sampai macam tu, tapi prob masa first cabut bleeding dia tu lambat stop.


Price untuk cabut sebatang gigi ni RM 70.
RM 70 x 4 Batang gigi = RM 280
Betul tak kiraan aku ni?
Fuhhh, melayang lagi duit.


Aku nak share pic aku lepas cabut gigi tapi ntah kenapa aku rasa malu.
So aku tak share la ehh??


Stage 4: Installing Braces Process
Before kena pasang braces tu, doctor tu tanya dulu nak pakai mana satu.
Traditional or advance.
Beza antara dua ni, traditional amek masa yang lama sikit tapi murah dari segi harga just RM5000.
Murah la sangat kan?? Pffftttt !
Pastu boleh letak getah kaler kaler.
Kalau ikut  gigi aku yang jongang teruk ni bak kata doctor, dalam 3 tahun jugak la kena pakai.

Kalau advance pulak, dia singkat sikit duration pakai tu.
Kalau traditional 3 tahun, advance pulak dalam 2 tahun la macam tu.
Harga dia mahal RM1000 dari traditional so means RM6000.
Advance ni dia punya forces tak kuat sangat which can expand the position of our teeth.
Kiranya, tekanan braces advance ni tak kuat sangat dan hal ini bagus untuk kembangkan kedudukan gigi supaya dapat menggerakkan gigi ke kedudukannya dengan lebih cepat.
Ya Allah, skemanya ayat aku.
And akhirnya aku pun pilih la amek braces advance ni setelah termakan ayat ayat manis doctor hensem tentang kebaikkan braces jenis ni. Hmmm, lemah sungguh !

The day aku buat appointment ni, dia suruh buat waktu pagi sebab agak lama nak install.
Amek masa dalam dua jam jugak la.
*Selalu aku pi klinik time petang, sebab pagi aku dok mengeroh lagi kat bilik*
So, dia pasangkan penahan mulut supaya mulut aku boleh nganga luas luas tak terkatup.
So dia pakaikan la bracket tu satu satu ke gigi.
Lama gila weiii, sampai aku rasa nak tertido pun ada.
Mulut lagi rasa sengal sengal sebab menganga je sampai nak dekat dua jam.
Lepas siap tu, doctor akan bagi WAX untuk tampal braces yang ko rasa tajam tajam tu.
Bila dah abisje wax tu, ko minta je lagi kat doctor tu.
Jangan takut keh???



Contoh mouth opener. Ntah apa nama betul dia. Aku main bantai je panggil mouth opener.
Ne la muka aku time pasang. Pffffftttt !
Kalau korang percaya , memang hantu la.

Time aku buat tu, aku kena pasangkan yang macam ni la. Sakit wei !
Sampai lebam kot bibir aku jadi hitam hitam.
Yang pastinya ni bukan aku.
ngeeeee :D



So the result is…….

Ntah jelas ke tak pada pandangan korang.
Aku ada 3 gigi taring. So ketiga tiga ni nak kena tarik masuk tempat dia balik.
Cantik kan? Haaaa, ko cakap cantik memang ko penipu.
Doctor tu cakap gigi aku ni crowding betul.
sedih tau sob sob sob....


Tips and conclusion

Kepada korang yang nak pakai braces tu, aku nak nasihat supaya korang kena sedia kuat kuat dari segi mental, fizikal dan kaching kaching $$$

Serius, ko tak kuat mental je, boleh meroyan ko sebab gigi sakit - Lepas cabut gigi.
Financial jugak nak kena strong sebab every week check up then cabut and semua procedures tu bukan la free dan harga yang dia cas pun.. hmmmmm...
*Patutnya aku beli iPhone 6s tapi terpaksa korban nak buat gigi punya pasal.

Kalau korang tak boleh bayar cash, cari klinik yang terima installment.
Macam aku, deposit RM2000 then bulan bulan bayar RM250.
Ertinya baki RM4000, aku kena bayar untuk 16bulan berikutnya.
Review every month, klinik tu cakap free je termasuk dalam installment.
Ntah, aku tak pergi lagi. Baru 2 hari aku pakai gigi besi ni. Ngeh ngeh !

Lepas aku pakai tu, alhamdullillah secara jujur aku tak rasa sakit langsung.
Banyak aku baca kat blog orang cakap sakit sampai nak meroyan.
Aku ni takla sakit sampai macam tu.
Cuma first day memang langsung tak boleh mengunyah la.
Makan bubur la sampai sebulan jawabnya.
Rasa sengal sengal gusi and gigi tu.

Kuatkan fizikal juga sebab ko akan makan bubur sebagai makanan ruji ko untuk beberapa hari.
Hahahaha!
Serius, aku lapar gilaaa kot tengah malam.
Makan bubur sekejap je kenyang.
Sampai aku beli air susu fresh banyak banyak kat kedai untuk jadi stok aku tengah malam.

Then, lepas dah pakai braces ni jugak, korang kena lebih extra protection untuk gigi korang.
Flos, interdental brush, breath spray (optional), ubat kumur kumur.
Menatang ni semua pun duit juga.
haihh, nak gigi cantik punya pasal.

Ni barang wajib yang ada untuk aku. lepas makan,
memang akan menyangkut kat gigi and dawai braces tu.
So, korang boleh guna interdental brushes yg kecik kecik tu.
Kat Watson ada jual dalam RM10
Flos pulak, yg ada pemegang tu mungkin tak boleh guna lepas ko pakai braces.
So aku suggest pakai yg flos tali punya macam Colgate tu with price RM9
Semua ko boleh dapat kat Watson je.
Yang dalam box pink tu, tula wax
benda ni doctor je bagi.
Tade jual.
Tampal kat braces yang tajam and ko rasa tak selesa.
Yang botol penutup putih tu, breath spray.
Saja beli kot kot nak bagi wangi mulut.


Okay, hope korang semua dapat la tambah tambah ilmu yaa..
ada apa apa inquiries just leave a comment down there.
Aku akan reply within 1-2 hours ikut cepatnya noti masuk ke email.



Tangan yang menaip,

Fiz














3 comments:

  1. Replies
    1. Hehehehe! Kuatkan semangat ye. Mula2 hati mau kental. Lama2 ok la tu. Terus rasa nak senyum tayang gigi 24 jam. Gittew hehehe!

      Delete
  2. Thanks for your information. Gigi sy berlapis bhgian bwh dan bhgian ats plk brtaring.saya pun mcm awk..kena cabut 4 btg..2 knan ats bawah then next week 2 btg kiri atas bawah..and finally today is the day..harini kne jpe doktor utk pasang braces..hrp x meroyan kesakitan mlm ni.hahaa

    ReplyDelete