Saturday, October 19, 2013

Kami Dah COUPLE 4 Tahun . . <-- Tajuk yang paling mengejek

Hello wello . . 

Title entry aku ne memang paling mengejek kan ???
Okay mohon maaf . .
Selepas 4tahun baru bising mau bagitau, at least bukan SEMINGGU la kan . .

Kepada pembaca sekalian, jika anda seorang yang tidak gemarkan cerita jiwang, sila click button X di atas kerana consequences after reading this entry will may lead you to vomit severely . . 
Haha !

Saja minta puji mau share cerita couple aku ne . .
Jangan lupa puji kay . .
Kan saja mau minta puji . .
Okay, statement minta tampar !

FORM 1

Pertama kali aku jumpa insan bernama MOHD ZULFAZLY , OMG !! Annoying okay ne mamat !
Sikit - sikit nak cakap . . Bising ehhhh
Cikgu tanya sikit nak jawab, menjawab ja kerja dia . . 
Serius dalam hati aku macam mau tumbuk ja muka dia time tu . . 
Bila dia bercakap, terus mata aku tajam tengok macam mau tikam - tikam dia . . 
Serius aku paling benci dia dalam kelas 1 MERAH . .

Kemudian budak perempuan depan aku pindah kelas and kebetulan lelaki yang duduk depan aku tu bestfriend dia time sekolah rendah . . 
So, dia selalu duduk kat tempat budak perempuan yang pindah kelas tu . .
And starts from that, we became close to each other . .

Hobi favourite kami time tu : MENGUMPAT !

Hujung tahun, dia cakap suka kat aku  -..-
Tapi time tu aku ne high demand sikit . . (Rasanya macam bukan sikit la)
Hello, nak yang hensem okay . . 
Aku reject dia sebab dia PENDEK . . so sad but thats the fact !
Cilanat juga ahh gaya aku ne dulu . . 
Tapi sekarang dia tinggi sudah dari aku -..- 
Cilanat times two !


FORM 2

Tiba tiba tak berkawan . . 
Bertegur pun teda . .
Padahal form 1 punya bestfriend . .
Paling choyy bila tiba - tiba  aku bole suka dia . . 
Aku ingat lagi time tu aku suka dia sebab tengok dia main bola baling . . 
Rabun kot aku ne dulu . . 

Ada la sms - sms tapi sms biasa - biasa ja . .
Paling choyyy times two bila  aku tanya dia masih suka aku ka tak . . 
Dia cakap masih tapi tak macam dulu . . -..-
Choyy times three !



FORM 3

Masih macam strangers padahal sekelas . .
Beri geli eh !
Time tu aku ada crush paling hensem dalam dunia . .
Hensem weiiii !
Sumber inspirasi aku tu tapi tak tau dah pergi mana ..

Time form3 la paling aku tak boleh terima !
Boleh boleh aku kena gosip dengan dia . .
Cikgu Maths lagi tu kasi kenen !
Ngam - ngam kami time tu sama sama lambat masuk kelas tuition then kena cakap dating kat kepsi . . 
WTH . .????
Kawan aku CHUA REN KAI bole bole dial no handphone aku (handphone nokia cabuk yang kalau berbunyi dengar satu dunia ) konon dia yang sms aku - terus tu cikgu cakap "Satu kelas pun mau juga bersms"
Aku masih ingat ayat keramat tu cikgu !



FORM 4

Okay, mula mengenal dunia percintaan . .
Pandai sudah aku couple . .
yeahh ! tahniah :)
Tapi bukan dengan dia . .

Ouh yaa, form 4 kami masih juga belum bertegur :D



FORM 5

Aku clash . .
Sakit !
Macam time tu end of the world la . .
Padahal putus cinta ja pun . .
Tapi serius sakit la . .
Dr no 1 time form 4 terus jatuh no 19 . .
Paling amazing kan ??

Ada kes aku pengsan kat laman sekolah, 
and kawan kawan aku cakap dia yang first berlari pi tengok aku . .
Waw, ciri ciri seorang hero suda datang ! Hahaha !
Start dari situ kami kawan balik . .
Actually dari awal tahun lagi tapi tegur tegur biasa seja .

aku pernah cakap dengan bestfriend aku TEDDY
"Ted, kalau aku couple dengan Zul, cepat cepat ko bawa aku jumpa bomoh . .
Kasi ubat aku . . Entah - entah aku terkena minyak senyonyong dia ne . ."
Punya penjahat aku ne dulu kalau bab cakap . .

Pastu couple . .
3rd October 2009
Okay , TAMAT !

cerita ini sangat bosan .

kbai !


Ps: Sekali pun kami tak pernah celebrate anniversary sebab berjauhan . dah study dekat kampus yang sama pun tak dapat celebrate . macam bosan kan ? bosan juga la -_- kenal dah 9 tahun la . couple 4 tahun, so tak bagi bosan ialah jangan guna panggilan sayang ayang anje hubby honey baby by babi .. opsss! guna kau dan aku seja . sempoiii ! nanti lepas kawen baru sayang sayang ye sayang !

Happy Belated Anniversary Sweet 4th 
3rd October 2013


Love you, thanx because always be there for me :D


Friday, September 13, 2013

Campus Life in Shah Alam


Hell - o peeps bloggerians.........

Now aku seorang SISWAZAH, eseh !
Macam F sangat bunyinyaa.
Sambung balik dalam course IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN PELANCONGAN.
First sem ne aku kena tempatkan kat Kampus Shah Alam.
Kampus ne just transit for one semester.
So, next semester will move to Campus Puncak Perdana.
Yippie -..- !
So, cekedaut my life here.


Bagi student under Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, kami ditempatkan di Kolej Seroja.
Kat Kolej Seroja ne kena tempat sekali dengan student under Faculty Art and Design.
Aku dapat kat aras 5 kot but the nice thing about this college is pembinaan dia yang strategik la.
Aku pun tak tau macam mana nak explain ne kat korang. 
Kiranya, walaupun aku ditempatkan kat aras 5, tapi tak banyak nak daki tangga sampai berpeluh peluh basah lencun. 
Sebabnya, start je masuk dari gate, memang dah di aras 3.
so just naik 2 aras tangga jala.
Faham tak ?? Tak faham sudah ! 
Hahaha !


Permandangan kolej dari bilik aku . Gayat weiii .
Ne la yang aku maksudkan kolej ne start dari aras 3.
Faham tak ???
Tak faham juga, tak tau laaaaa .

Yang best lagi pasal stay kat sini kan, fakulti aku kat sebelah kolej ne ja. 
Betul betul kat sebelah bangunan kolej ne, aku tak tipu punya.
Serius, aku bercakap sangat benar dan sebenar benarnya.
Jalan kaki nak pergi kelas tak sampai 5 minit.
So kalau kelas jam8.30, aku boleh la bangun jam8.15.
Heee :D 
Ntah mandi ke tak tu kan ??
Mandi ala P Ramlee la kan.



Kolej ini ada menawarkan kepada pelajar bilik berdua dan bilik berenam sahaja.
Uiseh, apsal macam skema ja ayat aku ne ahh.
Macam pegawai hostel pula kan.
Aku amek la bilik yang tempatkan 6 orang sebab nak bajet tak mau bayar mahal.
But lack of privacy la.
Ala, semua perempuan juga kan.
Bole ging maa..


Haa, ne la katil aku .
Hujung katil ne ada macam almari kecil nak simpan barang yang kecik kecik .
Aku amek katil hujung sekali dekat pintu .
Best sebab almari kat sebelah terus berbanding dua katil lagi sebab almari dorang kat meja study .
but the problem is, soket dia jauh gila kot .
Sana kat meja study tu soket .
Terpaksa pakai extension yang tension !



Haa, ne la meja study aku .
Meja melambangkan personaliti tuan dia .
Aku memang la sangat pemalas untuk ke meja study ne .
Semua kerja aku buat kat meja yang dekat katil tu .
Makan, tengok lappy, sms, gayut kat handphone and sebagainya .
Tu la meja study ne sangat memalaskan untuk dikemaskan .



Ne view from meja study .
Our beds have been placed 3beds in a row  .
Semak kan ?
Biasa la pompuan .
* Sila abaikan wanita yang berada di katil , pantulan wanita di cermin,
baju yang bergantungan serta patung CJ7..
- Kerjasama anda sangatlah saya hargai . Wink wink !


Our study desks pula kena placed in one row .
Meja aku yang hujung sekali kat dinding .
Sebab tu la aku malas nak pegi kat meja .
Macam busan jaaa -..-


Ne almari aku .
Almari aku sangat tinggi dan tinggi almari aku .
hmmmm .
Rasanya itu saja aku mampu komen .

AKU JANJI :
Aku janji study rajin rajin sampai berdarah hidung .
Aku janji yang aku akan study selama 8 jam sehari .
Aku juga janji takkan tengok cerita korea selama 1 sem ne .
I swear that I will focus in every class .
I promise that I will attend and not escape my classes .

Perghhh !
Gila ka aku buat semua benda ne .
Ini semua poyo !
But, I will do my best .
Eseh :)

" Jadikan universiti ini sebagai kampus kehidupan, 
    bukan kampus PEPERIKSAAN "




Monday, July 22, 2013

Katakan TIDAK kepada CICAK !

Hyep fellass !

Kali ne aku mau cerita pasal fobia.
Bagi orang yang tiada rasa fobia, bila tengok manusia yang mengalami fobia pasti dorang rasa lucu dengan gaya - gaya orang yang fobia ne.
But sometimes, bagi sesetengah orang pula, dorang rasa annoying tengok orang yang fobia ne.
Yala, mungkin dorang fikir golongan seperti ne macam nak minta perhatian, mengada-ngada and macam - macam la.
Biar kamu pun nanti ada menghidap fobia juga.
Baru kamu tau betapa terseksanya, deritanya, suffering-nya, takutnya dan menyampahnya ada rasa fobia ne.
Jaga la !

Minta perhatian ka orang yang tengah ketakutan ne ?


Ya, aku ne penghidap fobia kategori HERPETOPHOBIA..
Walaupun aku tak jumpa doktor untuk klasifikasikan secara terperinci apa jenis fobia aku tapi aku yakin itu la jenis fobia aku.
Kira takut kepada reptilia la gitu. 
Binatang yang merayap atau merangkak.
Aku sangat - sangat dan sangat fobia kepada binatang lahanat CICAK !


Aku taruh pic cicak kartun sebab time aku google nak taruh pic cicak kat entry ne, aku terkejut berabis sampai menjerit sebab result images kasi showed sangat banyak pic CICAK betul !!!!!
STRESS aku walaupun ia sekadar gambar !
aku benci CICAK !!
MENCIIII  MENCIII!!


Pernah kawan aku ingat aku ne just main - main or sengaja buat - buat fobia bila nampak cicak ne.
Mungkin action aku sangat over (memang over sangat - sangat pun)
Aku pun kadang - kadang rasa annoying dengan gaya aku. 
Apa lagi orang yang tengok kan ??? *sigh*


Actually, orang yang rasa fobia ne, mereka rasa tak selamat sebab bila - bila masa saja dorang rasa akan diserang. 
Haa, gitu la aku rasa.
Padahal cicak tu kecil saja.
Tapi bagi orang yang fobia ne dorang rasa binatang yang kecil tu boleh jadi besar okay.


Tahap fobia aku ne teruk juga la..
Kalau tertengok cicak secara dekat, terdengar orang sebut perkataan cicak secara tiba - tiba, aku pandai terkejut sendiri.
Sandi kan terkejut sendiri ne..
Serius tahap kronik okay aku takut kat cicak ne.
Insecure betul !


Pernah satu situation kat hostel, time tu tengah study kat meja belajar (yaka study? macam tengah main game ja), tiba - tiba ada seekor makhluk Allah ne (CICAK) ada kat atas lantai and punya steady betul - betul kat sebelah aku ne.. Naa, di sana la aku mengelumpur dan terjerit - jerit. Berabis aku suruh roomates aku halau.  Paling sadis bila aku lari pi belakang badan kawan aku. Aku duduk atas bagasi dia then peluk dia berabis. Dia pun jerit - jerit suruh aku turun. Aku peduli apa, kalau sudah namanya cicak atas lantai ingat aku mahu peduli ka apa orang mahu fikir pasal aku... Then, di situ juga la tumpah air mata aku yang paling mahal ne. Serius, aku pun tak tau kenapa aku boleh menanges. Terlampau sebak kot. Heee :D Takla, memang takut okay. Terus aku isytihar perang kat cicak tu. Dan saat itu, aku tak berani nak dekat dengan tempat kejadian.


Banyak lagi la situations yang terjadi antara aku dan cicak dan endingnya pasti aku menanges. Sial punya cicak ! Aku benci ko. Benci sangat - sangat ! Tapi kamu pernah fikir ka kenapa aku takut sangat dengan cicak ?? Aku tak peduli kalau kamu tak mau fikir sebab aku akan gitau sebabnya dan aku tak peduli kalau kamu tak mahu baca sebab aku akan terus tulis sebabnya juga. Hahahaha !


Dulu aku ne takla takut sangat dengan cicak dan setakat cicak tu, hek eleh.. Geng lagi kami ne okay (okay, ini aku tembirang :D ) Tapi masa kecik - kecik dulu time aku comel gila tu (tangan di bahu, mata ke atas), abang aku suka tangkap cicak masa kat kampung dulu. Punya sandi rumah kat kampung aku tu banyak betul cicak ne. So, lepas dia tangkap, dia suka cabut - cabut ekor cicak tu. Kan ekor cicak  pandai bergerak sendiri. So, bila aku nak sentuh, abang aku suka kasi terkejut dan takutkan aku. Bukan sekali okay, tapi BANYAK kali. Sangat banyak kali. Sebab tu la aku fobia sangat dengan binatang lahanat tu. Huhuhu ! sedeh okay.


Ramai juga kawan aku suka post kat wall Fb aku pic cicak yang kepala dia termasuk kat soket tu..
Sandi ehhh !
Kadang - kadang ada yang hantar sampai 2 kali.
Dorang cakap bila dorang ternampak pic cicak, dorang terus teringat aku -_-
Ada ka patut ????
Kejam ouh kamu kan..
Mendera mental aku :'(
Hahahahaha !
Dulu-dulu terkejut la juga.
Tapi balik balik kena post kat wall aku, dah immune aku dengan tu pic..
Lalalalala :D


Haaa, pic ne la dorang suka post !
Aku tak SUKAAA !!
Katakan TIDAK kepada CICAK !!




Thursday, July 18, 2013

When Foe Became Buddy....

Hyep fellas !

'Madness, Hottest, Gedik-ness' is our tagline :D
Nama aku Faieznor. Nama cewek kat sebelah ne Noor Suhaiddah Binti Awang Dinin atau nama bucuk - bucuk dia Sue. Dia ne lesboo aku. Kenapa kami guna lesboo ? Actually we were kind like lesbian but more into friendly style. Apa maksud tu ? Yang pasti bukan Gangnam Style. Seriously kami ne straight walaupun kami ne bukan straight A's students. Disebabkan aku ne lebih ke arah boyish dan dia lebih ke arah girly girly, so kononnya kami ne macam pasangan bercinta. But, it has its limit la. Thats why belakang 'les' tu da 'boo' which means kawan. Yaka 'boo' tu maksud dia kawan? Pandai - pandai ja aku ne buat bahasa sendiri. 


Dari mana ahhh kami start kawan ? Oh my, boleh buat sinetron novel telenovela cerita friendship kami ne. Satu sekolah yang sama SM ST PAUL yang disayangi disanjungi diciumi. Tapi lain - lain kelas. Dia budak pandai, so dia kelas GEMILANG. Aku budak buduh sket, so kelas MERAH. Actually aku pernah kena tawar okay masuk kelas Gemilang tapi aku tolak sebab aku malas nak bangun awal pagi pergi sesi pagi and sayang nak tinggalkan kawan - kawan aku la. Believe or not, aku malas sebab ada Sue ne juga. Sebab dia agak scary juga during that time. Dia and the geng quietly famous la juga (kalau dia baca ne mesti kambang ne). Kami kat sekolah langsung tak pernah bertegur sapa even say HI. Kamu percaya ka ne kalau aku gitau yang kami tak pernah bertegur selama 5 tahun kami sekolah di sekolah yang sama. Sandi !


Pernah juga satu situation time Anugerah Kecemerlangan Murid kan, kami sama - sama naik pentas sebab PMR dapat ...A (tak mau aku gitau berapa A aku dapat and kami dapat sama A la). Time berbaris nak naik pentas, kamu tau ka siapa depan aku ? Yes ! C Sue ne la. Time tu aku fikir dia ne pun naik pentas juga. Samakkkk ja. Hahahaha ! Jahat juga ahh aku time dulu... Then time kelas agama, kitaorang shared kelas. Mak datuk, dia dengan geng dia memang bising. Ada dia cerita sama aku yang dulu dia tak suka aku and seriously aku pun tak suka dia... Lucu pula ingat masa dulu.. Tapi aku tak pernah anggap dia ne musuh or apa apa la. Just tak suka, itu seja :)


Then, abis high school we moved to UiTM.. Believe or not, we there shared the same course. Coincidence lagi. Dia called aku time tu mau jumpa aku sebab mau minta schedule. OMG ! Kenapakah aku kena jumpa dia balik ?? Time tu la aku fikir.. Then, we became buddy - buddy masa part2. Then, suddenly we started to against each other. Jahat juga la aku sama dia time tu. Sampai dia hampir - hampir tewas dalam kehidupan. Wah, hiperbola ayat aku. Jangan marah Sue, i still love you ! Dia pun jahat juga la sama aku. So, sama - sama jahat la kiranya. Besa la hal pompuan. Kalau teda drama mana siuk. Itu pun ayat fevret dia tu. Dalam kehidupan mesti mau ada drama !


Moved to part4, everyone in my class started to avoid me. Seriously aku tak perasan langsung aku kena avoid, ke aku ne kurang sensitiviti terhadap persekitaran? Then, dia datang tolong akuSebab dia pernah rasa dipulaukan (gara - gara aku la tu dia dipulaukan) but, she still wants to help me. Dan start dari situ, kami mula berkawan dengan ikhlas dan bukan sekadar kawan biasa. HahahahaBut, seriously, sampai sekarang aku bersyukur Sue yang datang selamatkan aku dan sekarang became one of my besties. Quote kami selalu guna, "Sebilik, sekatil, sebantal, setilam, seselimut, secadar, sepeluk !"


Kami sebilik since part4 dan bawa ke part5 dan juga part6 ! And kami ada hobi yang sama iaitu snap picss as many as we can ! Kami juga sangat tidak segan silu untuk rakam aksi kami menari zumba di dalam bilik. Bukan setakat zumba, tarian yang tidak pernah dilihat pun ada dirakam. Sadis eh ! Idea gila dia la tu. Kami juga pandai gila - gila tahap cipan bila kebusanan. Dia pernah cakap yang dia ne pencetus kegilaan and aku pelaksananya. Serius, aku jadi gila - gila sejak kawan dengan dia and itulah sebenarnya diri aku. Agaknya, kalau aku tak kawan dengan dia, sampai aku tua la aku ne NERD seja. 


Bila gila datang, otak pun mereng :D


Banyak sebenarnya pics huduh kami, tapi biarla aku tunjukkan yang cantik2 seja.. Ngeee :D


Opkos, setiap persahabatan pasti ada pergaduhan, pernah juga la tak bersefahaman tapi apa yang aku suka pasal Sue, kalau dia tak puas hati, dia akan cakap direct kat aku and teda simpan simpan dalam hati. So, thats why kami ne jarang bergaduh. Kalau aku ne memang jenis simpan simpan tapi sekejap ja, pastu pandai la hilang tu perasaan. Satu lagi aku suka dengan perangai dia, dia ne jenis setia kawan and hardworking gila babsss ! Kalau time exam tu, aku bukan stress mau jawab paper, tapi stress tengok dia study ! Gila, aku tak tau ilmu apa dia pakai kalau tengah study. Kalau aku awal - awal kecundang mengantuk and penat. Kalau dia, selagi buku tu nda kuyak and tak habis dia round jan harap dia give up.  Ntah - ntah dia minum kacip fatimah ne diam - diam. Hahahahahahaha !!!!! Okay, Sue jan marah ! And she the best motivator that i've ever had! 


We bought our same blackberry model together.. Aku nak beli sangat kan, dia ne la memajal suruh aku beli sebab time tu aku dua hati nak beli.. Tapi nasib juga la dia pajal aku dan dia juga mau beli handphone sama - sama aku, terharunya ! Hehehe ! Seriously, sampai beli handphone jenis sama.. Macam couple ja kami ne kan ? Aku dengan bf aku pun teda la mau sama handphone bagai.


Tak lama lagi nak mula degree and kami decided nak together gether lagi. InsyaAllah. Sue cakap sampai tua la ne kami bersama - sama ne tau. Actually, dia ada rumah kat belakang rumah aku ne but currently kasi sewa orang. Nanti - nanti baru durang stay sana. Is this call coincidence, again?? So, nanti kalau aku mau panggil dia, aku jerit ja nama dia dari belakang rumah. Hahaha !


NOOR SUHAIDAH BINTI AWANG DININ, a big fat giant thank you for you cuz coming into my life ! Seriously kalau ko lelaki, aku jatuh cinta sama ko. Aku tau, kalau aku lelaki yang sebenarnya, ko pun jatuh sinta sama saya, kan kan kan??? Choyyyyy !!!!  Hahahahah !! Aku sangat sangat sangat sayang dengan ko.. Sayang sangat!! Tak boleh lebih-lebih eh. Lain macam aku rasa. Hehe ! Kita janji mau growing old together kan? Cuma aku mau ko tau, ko antara insan yang terpenting dalam hidup aku. Thanx buddy !


p/s: seriously, this is the most longest entry that i've ever typed in my life !