Sunday, May 26, 2013

Iklan TV Yang Tak Masuk Akal Tapi Berhak Masuk Longkang....


Hello wello :D

Korang pernah tengok iklan kat TV kan? 
Pernah korang terfikir ka yang sesetengah iklan yang ditayangkan tu tak masuk akal..
Memang la iklan perlu sesuatu yang ada 'X-Factor' supaya penonton tertarik untuk beli produk dorang..
But sometimes, what they have showed doesn't meet to the reality..

So aku list beberapa iklan yang rasa - rasanya memang tak masuk akal..
No harm intended, just for fun..


1. IKLAN PENJAGAAN RAMBUT


Haaa....
Kalau korang perasan (kalau korang tak perasan aku tak tahu la) 
iklan rambut yang kena tayang kat TV tu semua halus dan
 lurus - selurus lurusnya..
Siap berkilat - kilat lagi..
'I guna jari youuuu'
Sah - sah dah 'diedit' dengan jayanya..
Yang menghairankan, time rambut lurus ja dia edit, time rambut serabai macam pontianak tiada pula nak edit segala..
Macam rambut betul ja aku tengok time serabai tu..
Wallahuallam la edit ke tak yee..



2. IKLAN MASKARA


Ini kiranya iklan paling kejam kot..
Bak kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama..
Beribu jenis maskara aku guna, takde la sampai melentik kat gambar ne haaa..
Of course dorang guna 'fake eyelashes' supaya bulu mata tu melentik macam bulu penyapu..
Sepatutnya iklan ne kena tukar iklan fake eyelashes, bukan iklan maskara..
Kesian ko 'fake eyelashes' tak kena pandang..
Tula sapa suruh ko fake kan..
Orang tak suka 'fake - fake' ne..




3. IKLAN MINUMAN 


Yang tak masuk akal tentang iklan minuman ne bila orang yang minum ja tu minuman,
terus dapat tenaga then buat aksi - aksi yang 'adventure'..
Konon hasil daripada energi setelah minum minuman tu la..
Cergas dan bertenaga ! Ewah !
Bila aku minum hilang dahaga adalah..
Takde pula aku nak melompat buat aksi lagak ngeri segala macam dalam iklan..




4. IKLAN PENCUCI BAJU


Haaaaa.....
Ne lagi iklan yang susah sangat nak diterima dek akal..
Punya la semangat dorang buat perbandingan antara 'Jenama X' dengan 'Jenama Y'..
Lepas cuci guna tangan then terus baju yang kotor tu jadi putih melepak kalah putih anak cina sebelah rumah aku..
Entah berapa banyak kali abah aku tukar serbuk pencuci baju,
sama je pun..
Memang la sama seja sebab baju yang dicuci tu baju berwarna bukan baju putih..
Kalau baju berwarna tu tukar jadi putih selepas dicuci 
memang nak kena tokey serbuk pencuci tu..



p/s: Semua gambar di atas hanya hiasan semata - mata. Tiada kena - mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. 
Sources: Mr. Google Image..



Monday, May 13, 2013

TOP6 Perkara Wajib Terjadi Ketika 'High School'....


Hello peeps :D

Kamu mesti pernah sekolah menengah kan ? Or sekarang tengah sekolah ?
Off course time high school dulu korang pernah buat perkara - perkara yang bagi korang gila, reckless, best,
and memacam lagi lah.

So, aku list-kan  Top6 'Perkara Wajib Terjadi Ketika High School'

Cekedaut !


1. CARI 'GENG KERAS'




Mesti korang teringat kat best friend korang time high school sekarang ne kan ?
Cikgu aku cakap, "Kenangan masa sekolah menengah ialah kenangan yang paling best dalam seumur hidup" dan aku tak nafikan statement tu. Geng keras kita yang selalu sama - sama kita buat benda gila kan? Sampai sekarang high school memang still the best ! 
TERBAIKK !!!



2.  TENGOK CRUSH



Haaaaa ! Ne confirm bebudak perempuan yang selalu buat ne kan? *Ala, aku pun selalu buat benda ne*
Asal crush lalu ja, mesti tangkap cair kan? Rasa macam terapung - apung kat awan. Eseh!
Sukaaa!
Kadang - kadang sampai sanggup lagi tengok crush daripada tengok apa yang cikgu ajar kat depan.
Dahsyat sungguh!




3. PONTENG KELAS

Hanya hiasan lagi palsu semata - mata


Haaaa.... 
Kalau yang ne, bebudak lelaki yang suka buat. Kan? Kan? Kan
Asal ja cikgu keluar sekejap and cikgu cakap "Buatlah kerja kamu sendiri", cikgu tak masuk kelas dan cikgu ada mesyuarat,
 murid lelaki la yang akan bermaharajalela di kelas...
Kalau perempuan pun suka juga ponteng kelas sebab nak pi tandas. Tandas ada cermin besarrr punyaaa, boleh belek - belek muka. 
Macam mana aku tau? 
Sebab aku pun selalu buat juga. Hihik ;)




4. TIDUR



Kalau yang ini, memang budak lelaki dan perempuan pun buat.
Kalau cikgu yang di depan tu membebel ajar entah satu patah haram pun tak faham, mula la setan tu bergayut kat mata. 
Paling dahsyat bila kelas tengah hari. Perghhh ! Di situlah ujian datang menduga.
Ujian pertengahan tahun pun tak la mencabar macam kelas time tengah hari ne.
Mengantuk tu kalah beruang yang tengah 'hibernate'




5. SPOT CHECK




Ne la situation yang paling bebudak sekolah paling tak suka. 
Yalah, rasa takut and berdebar - debar..
Kalau tak salah buat apa nak rasa takut kan? Ada salah le tuu :D
Student yang paling gelabah ialah student yang bawa handphone. Hihik !
Ada yang sembunyi kat pokok la, dalam tong sampah, belakang papan hitam and ada juga dalam baju ;P
*Lawak pula aku ingat benda dulu* Hahahahaha !




6. CINTA MONYET

Cinta monyet sekolah menengah. Tapi still together sampai hari ne.
Cinta monyet juga ka ?
Rupa seja la macam monyet. Hihik !


Confirm yang nombor 6 ne ramai suka betul. Cintan cintun time high school. 
Aku hairan kenapa orang cakap cinta monyet sedangkan yang bercinta itu budak sekolah dan bukannya monyet.
Kejam sungguh orang yang bagi title cinta monyet tu.
hihik ;)
Kalau korang ingat lagi, mesti cikgu korang akan cakap macam ne
"Tak payahlah nak bercinta time sekolah ne, nanti kamu pi universiti, kamu jumpa lagi ramai orang.
Pilih seja mana kamu mahu. Banyak calon"
Amboi cikgu!!!




P/S : High school moments are the best... Tapi kita lupa, kita semakin membesar dan dewasa.. Kepada yang masih sekolah tu, belajar rajin rajin and buat la benda - benda yang best !


Wanita Dulu VS Wanita Sekarang...

Haloooo kamu :)

Entry kali ne aku nak cer pasal perempuan zaman dulu versus zaman sekarang.
Konon zaman dulu perempuan lebih rajin, pandai buat kerja, pandai masak, cekap and baik serta bagus la gitu.

Yakah ?

Atau sebab mak - mak kita yang selalu cerita tentang diri dorang time - time muda remaja 
 yang mereka ne tau buat kerja rumah walaupun di usia muda.
So, kita pun percaya jela apa dorang cakap.

Adakah mereka dulu dulu memang sangat berkemahiran?
Atau saja nak puji diri sendiri supaya kita ikut macam dorang?

aku list-kan tentang wanita dulu vs wanita sekarang. 
Check it out !



1. MEMASAK



WANITA DULU: Suruh ja masak apa jenis menu, mesti dorang boleh masak dengan jayanya. Rendang tok, kari kepala ikan, kari ayam, lembu, kambing. Sebut ja, beres ! Silap hari bulan kepala gajah pun dia boleh masak.

WANITA SEKARANG: Jangan cakap kari kepala segala, kalau dia pandai hidupkan api dapur pun dah kira besar rahmat bagi maknya. 



2. BANGUN PAGI





WANITA DULU: Sebelum matahari menunjukkan diri, mereka sudah terpacak kat dapur nak masak sarapan pagi. Kalau dapur tak berasap, macam mana rezeki nak masuk. Hah, tu prinsip dorang. *Aku pun tak sure dari mana aku tau prinsip tu :P

WANITA SEKARANG: Selagi matahari tu tak terpacak atas kepala, jangan haraplah mereka ne nak tunjukkan diri dorang. Dah tengah hari pun masih melingkar atas katil lagi buat taik mata. Bila bangun ja, terus buka tudung saji cari makanan. Tak gosok gigi lagi tu. EEEEEE ! *Okay, ini aku selalu buat, hihik!



3. KAHWIN



WANITA DULU: Risau dorang kalau usia dah meningkat tak kawin kawin lagi. Gila kau jadi andartu. Tak kisahlah hantaran tu, yang penting dapat suami dan mengakhiri zaman anak dara. YEEPIEE !


WANITA SEKARANG: Kahwin ? OH NO! Duit hantaran mau berpuluh ribu baru boleh masuk meminang. Hantaran kahwin cakap kat bakal laki "I nak I-Phone, I-Pad, I-Pod". Then bakal laki ko cakap "I-Bayar" -.- 
Hantaran tak grand ? Sorry, reject! I rela jadi andartu. Berlagak gitu, maka hidupkan api dapur pun tak reti. Hihik ;)


Janganlah kita jadi "Al-Mughalat Fi al-Muhur" yang bermaksud berlebih-lebihan dalam hal mas kahwin. 




4. PENDIDIKAN



WANITA DULU: Kalau wanita dulu nak penuhkan diri dengan ilmu rumah tangga dan adab diri supaya boleh jadi isteri solehah. Syurga di bawah tapak kaki suami. Mithali gitu.

WANITA SEKARANG: Wanita zaman sekarang nak belajar tinggi tinggi sampai pokok sena. Ceh! Wanita sekarang semua nak belajar ke peringkat yang tertinggi. Diploma, Ijazah, dan Master. Kalau rajin sangat nak buat phD (permananent head damage atau penyakit hasad dengki) *Okay, ini aku melampau. Sila tampar pipi* Yalah, sekarang kan semua nak pakai duit, nak belajar tinggi - tinggi supaya boleh demand tinggi. *Rasanya duit tu tak boleh bawa ke kubur kan ?


Setuju ka semua benda di atas?? Hihik!
Have a nice day.



P/S: Apsal sepanjang aku taip entry ne aku rasa diri aku ini seperti diejek yaaa ? Terasa betul aku. Oppsss ! Adakah kamu juga merasa sedemikian wahai wanita? ceh !







Saturday, May 11, 2013

Memang Best Bela Kucing. Tapi Memang Tak Best Bila...........

hello peeps :)


Kamu ada kucing ? Kucing ne adorable kan ? Best kan bila kita bawa dia main. Geram ja tengok muka cute dia tu. Hehek :)

Tapi kan kucing boleh bertukar dari adorable kepada binatang yang paling menjengkelkan di dunia.

Nak tau kenapa ?


Memang best tengok kucing ne main main. Cute and geram sangat !





Tapi memang sangat TAK BEST bila dia main cakar cakar kat kusyen
kesayangan mak aku. Ne betul geram tersangat sangat ! 

Seronok tengok kucing tu main kejar kejar and main sesama sendiri. Tapi bila dia start nak testing ketajaman kuku dia, itu memang TAK BEST....

Nampak tak betapa nazaknya kusyen rumah kami ?? Adakah dia minta abah untuk tukar kusyen baru sempena raya aidilfitri tahun ini ? Sama sama kita nantikan.


   
Memang comel dia tidur kat raga ne kan ? Macam nak kacau kacau dia tidur.  TAPI .....



TAPI memang TAK COMEL bila kucing tidur kat katil kita and conquer macam dia owner kepada katil tersebut !










Kalau kucing tidur kat katil kita, kita nak tidur kat mana ? Lantai ? Ewah ewah. 





Memang best kalau kucing tau nak berak dalam mangkuk tandas kan ??
Terus flush ja. Hihik :)



Tapi sangat sangat sesangat yang menyengat TAK BEST bila kucing ne berak rata rata !!!!
Kalau taik dia lagi yang cair punya, serius aku memang nak muntah !
STRESSSSSS !!!!
Memang dorang sangat tak cute !




But, kucing ne tetap comel. Walaupun dorang buat kita marah, bila tengok muka cute dorang tu terus tak jadi marah kan ? kan ? hewhewhew !



Sunday, May 5, 2013

Situasi Common Ketika Result Exam Keluar ...


Soalan common yang akan ditanya ketika result keluar:
1. Amacam result ko ? Okay ka ?
2. Berapa pointer ko ? Mesti 4flat ne kan. Dean list !

Jawapan common yang akan diberikan:
1. Alhamdullilah, lulus J
2. Bolehlah, kepala dua juga
3. Okay, maintain kepala tiga
4. Cukup cukup makan seja laa
5. Meningkat sikit dari sem lalu, okay la ne

Status- status common di facebook pasal result:
Orang yang lulus: Alhamdullilah, lulus juga sem lepas. Sem depan nak berusaha lebih lagi
Orang yang dapat result tak bagus: kecewa eh. Macam mau nanges ja. Tak pala, next sem buat yg terbaik
Orang yang tau result dia teruk sebelum tengok tu result atau nak bagi hint kat orang lain supaya jangan tanya result dia: minggu depan la saya buka saya punya result. Awal masi nak tengok result ne.

Anda di kategori yang mana ? HAHA !