Monday, July 22, 2013

Katakan TIDAK kepada CICAK !

Hyep fellass !

Kali ne aku mau cerita pasal fobia.
Bagi orang yang tiada rasa fobia, bila tengok manusia yang mengalami fobia pasti dorang rasa lucu dengan gaya - gaya orang yang fobia ne.
But sometimes, bagi sesetengah orang pula, dorang rasa annoying tengok orang yang fobia ne.
Yala, mungkin dorang fikir golongan seperti ne macam nak minta perhatian, mengada-ngada and macam - macam la.
Biar kamu pun nanti ada menghidap fobia juga.
Baru kamu tau betapa terseksanya, deritanya, suffering-nya, takutnya dan menyampahnya ada rasa fobia ne.
Jaga la !

Minta perhatian ka orang yang tengah ketakutan ne ?


Ya, aku ne penghidap fobia kategori HERPETOPHOBIA..
Walaupun aku tak jumpa doktor untuk klasifikasikan secara terperinci apa jenis fobia aku tapi aku yakin itu la jenis fobia aku.
Kira takut kepada reptilia la gitu. 
Binatang yang merayap atau merangkak.
Aku sangat - sangat dan sangat fobia kepada binatang lahanat CICAK !


Aku taruh pic cicak kartun sebab time aku google nak taruh pic cicak kat entry ne, aku terkejut berabis sampai menjerit sebab result images kasi showed sangat banyak pic CICAK betul !!!!!
STRESS aku walaupun ia sekadar gambar !
aku benci CICAK !!
MENCIIII  MENCIII!!


Pernah kawan aku ingat aku ne just main - main or sengaja buat - buat fobia bila nampak cicak ne.
Mungkin action aku sangat over (memang over sangat - sangat pun)
Aku pun kadang - kadang rasa annoying dengan gaya aku. 
Apa lagi orang yang tengok kan ??? *sigh*


Actually, orang yang rasa fobia ne, mereka rasa tak selamat sebab bila - bila masa saja dorang rasa akan diserang. 
Haa, gitu la aku rasa.
Padahal cicak tu kecil saja.
Tapi bagi orang yang fobia ne dorang rasa binatang yang kecil tu boleh jadi besar okay.


Tahap fobia aku ne teruk juga la..
Kalau tertengok cicak secara dekat, terdengar orang sebut perkataan cicak secara tiba - tiba, aku pandai terkejut sendiri.
Sandi kan terkejut sendiri ne..
Serius tahap kronik okay aku takut kat cicak ne.
Insecure betul !


Pernah satu situation kat hostel, time tu tengah study kat meja belajar (yaka study? macam tengah main game ja), tiba - tiba ada seekor makhluk Allah ne (CICAK) ada kat atas lantai and punya steady betul - betul kat sebelah aku ne.. Naa, di sana la aku mengelumpur dan terjerit - jerit. Berabis aku suruh roomates aku halau.  Paling sadis bila aku lari pi belakang badan kawan aku. Aku duduk atas bagasi dia then peluk dia berabis. Dia pun jerit - jerit suruh aku turun. Aku peduli apa, kalau sudah namanya cicak atas lantai ingat aku mahu peduli ka apa orang mahu fikir pasal aku... Then, di situ juga la tumpah air mata aku yang paling mahal ne. Serius, aku pun tak tau kenapa aku boleh menanges. Terlampau sebak kot. Heee :D Takla, memang takut okay. Terus aku isytihar perang kat cicak tu. Dan saat itu, aku tak berani nak dekat dengan tempat kejadian.


Banyak lagi la situations yang terjadi antara aku dan cicak dan endingnya pasti aku menanges. Sial punya cicak ! Aku benci ko. Benci sangat - sangat ! Tapi kamu pernah fikir ka kenapa aku takut sangat dengan cicak ?? Aku tak peduli kalau kamu tak mau fikir sebab aku akan gitau sebabnya dan aku tak peduli kalau kamu tak mahu baca sebab aku akan terus tulis sebabnya juga. Hahahaha !


Dulu aku ne takla takut sangat dengan cicak dan setakat cicak tu, hek eleh.. Geng lagi kami ne okay (okay, ini aku tembirang :D ) Tapi masa kecik - kecik dulu time aku comel gila tu (tangan di bahu, mata ke atas), abang aku suka tangkap cicak masa kat kampung dulu. Punya sandi rumah kat kampung aku tu banyak betul cicak ne. So, lepas dia tangkap, dia suka cabut - cabut ekor cicak tu. Kan ekor cicak  pandai bergerak sendiri. So, bila aku nak sentuh, abang aku suka kasi terkejut dan takutkan aku. Bukan sekali okay, tapi BANYAK kali. Sangat banyak kali. Sebab tu la aku fobia sangat dengan binatang lahanat tu. Huhuhu ! sedeh okay.


Ramai juga kawan aku suka post kat wall Fb aku pic cicak yang kepala dia termasuk kat soket tu..
Sandi ehhh !
Kadang - kadang ada yang hantar sampai 2 kali.
Dorang cakap bila dorang ternampak pic cicak, dorang terus teringat aku -_-
Ada ka patut ????
Kejam ouh kamu kan..
Mendera mental aku :'(
Hahahahaha !
Dulu-dulu terkejut la juga.
Tapi balik balik kena post kat wall aku, dah immune aku dengan tu pic..
Lalalalala :D


Haaa, pic ne la dorang suka post !
Aku tak SUKAAA !!
Katakan TIDAK kepada CICAK !!




Thursday, July 18, 2013

When Foe Became Buddy....

Hyep fellas !

'Madness, Hottest, Gedik-ness' is our tagline :D
Nama aku Faieznor. Nama cewek kat sebelah ne Noor Suhaiddah Binti Awang Dinin atau nama bucuk - bucuk dia Sue. Dia ne lesboo aku. Kenapa kami guna lesboo ? Actually we were kind like lesbian but more into friendly style. Apa maksud tu ? Yang pasti bukan Gangnam Style. Seriously kami ne straight walaupun kami ne bukan straight A's students. Disebabkan aku ne lebih ke arah boyish dan dia lebih ke arah girly girly, so kononnya kami ne macam pasangan bercinta. But, it has its limit la. Thats why belakang 'les' tu da 'boo' which means kawan. Yaka 'boo' tu maksud dia kawan? Pandai - pandai ja aku ne buat bahasa sendiri. 


Dari mana ahhh kami start kawan ? Oh my, boleh buat sinetron novel telenovela cerita friendship kami ne. Satu sekolah yang sama SM ST PAUL yang disayangi disanjungi diciumi. Tapi lain - lain kelas. Dia budak pandai, so dia kelas GEMILANG. Aku budak buduh sket, so kelas MERAH. Actually aku pernah kena tawar okay masuk kelas Gemilang tapi aku tolak sebab aku malas nak bangun awal pagi pergi sesi pagi and sayang nak tinggalkan kawan - kawan aku la. Believe or not, aku malas sebab ada Sue ne juga. Sebab dia agak scary juga during that time. Dia and the geng quietly famous la juga (kalau dia baca ne mesti kambang ne). Kami kat sekolah langsung tak pernah bertegur sapa even say HI. Kamu percaya ka ne kalau aku gitau yang kami tak pernah bertegur selama 5 tahun kami sekolah di sekolah yang sama. Sandi !


Pernah juga satu situation time Anugerah Kecemerlangan Murid kan, kami sama - sama naik pentas sebab PMR dapat ...A (tak mau aku gitau berapa A aku dapat and kami dapat sama A la). Time berbaris nak naik pentas, kamu tau ka siapa depan aku ? Yes ! C Sue ne la. Time tu aku fikir dia ne pun naik pentas juga. Samakkkk ja. Hahahaha ! Jahat juga ahh aku time dulu... Then time kelas agama, kitaorang shared kelas. Mak datuk, dia dengan geng dia memang bising. Ada dia cerita sama aku yang dulu dia tak suka aku and seriously aku pun tak suka dia... Lucu pula ingat masa dulu.. Tapi aku tak pernah anggap dia ne musuh or apa apa la. Just tak suka, itu seja :)


Then, abis high school we moved to UiTM.. Believe or not, we there shared the same course. Coincidence lagi. Dia called aku time tu mau jumpa aku sebab mau minta schedule. OMG ! Kenapakah aku kena jumpa dia balik ?? Time tu la aku fikir.. Then, we became buddy - buddy masa part2. Then, suddenly we started to against each other. Jahat juga la aku sama dia time tu. Sampai dia hampir - hampir tewas dalam kehidupan. Wah, hiperbola ayat aku. Jangan marah Sue, i still love you ! Dia pun jahat juga la sama aku. So, sama - sama jahat la kiranya. Besa la hal pompuan. Kalau teda drama mana siuk. Itu pun ayat fevret dia tu. Dalam kehidupan mesti mau ada drama !


Moved to part4, everyone in my class started to avoid me. Seriously aku tak perasan langsung aku kena avoid, ke aku ne kurang sensitiviti terhadap persekitaran? Then, dia datang tolong akuSebab dia pernah rasa dipulaukan (gara - gara aku la tu dia dipulaukan) but, she still wants to help me. Dan start dari situ, kami mula berkawan dengan ikhlas dan bukan sekadar kawan biasa. HahahahaBut, seriously, sampai sekarang aku bersyukur Sue yang datang selamatkan aku dan sekarang became one of my besties. Quote kami selalu guna, "Sebilik, sekatil, sebantal, setilam, seselimut, secadar, sepeluk !"


Kami sebilik since part4 dan bawa ke part5 dan juga part6 ! And kami ada hobi yang sama iaitu snap picss as many as we can ! Kami juga sangat tidak segan silu untuk rakam aksi kami menari zumba di dalam bilik. Bukan setakat zumba, tarian yang tidak pernah dilihat pun ada dirakam. Sadis eh ! Idea gila dia la tu. Kami juga pandai gila - gila tahap cipan bila kebusanan. Dia pernah cakap yang dia ne pencetus kegilaan and aku pelaksananya. Serius, aku jadi gila - gila sejak kawan dengan dia and itulah sebenarnya diri aku. Agaknya, kalau aku tak kawan dengan dia, sampai aku tua la aku ne NERD seja. 


Bila gila datang, otak pun mereng :D


Banyak sebenarnya pics huduh kami, tapi biarla aku tunjukkan yang cantik2 seja.. Ngeee :D


Opkos, setiap persahabatan pasti ada pergaduhan, pernah juga la tak bersefahaman tapi apa yang aku suka pasal Sue, kalau dia tak puas hati, dia akan cakap direct kat aku and teda simpan simpan dalam hati. So, thats why kami ne jarang bergaduh. Kalau aku ne memang jenis simpan simpan tapi sekejap ja, pastu pandai la hilang tu perasaan. Satu lagi aku suka dengan perangai dia, dia ne jenis setia kawan and hardworking gila babsss ! Kalau time exam tu, aku bukan stress mau jawab paper, tapi stress tengok dia study ! Gila, aku tak tau ilmu apa dia pakai kalau tengah study. Kalau aku awal - awal kecundang mengantuk and penat. Kalau dia, selagi buku tu nda kuyak and tak habis dia round jan harap dia give up.  Ntah - ntah dia minum kacip fatimah ne diam - diam. Hahahahahahaha !!!!! Okay, Sue jan marah ! And she the best motivator that i've ever had! 


We bought our same blackberry model together.. Aku nak beli sangat kan, dia ne la memajal suruh aku beli sebab time tu aku dua hati nak beli.. Tapi nasib juga la dia pajal aku dan dia juga mau beli handphone sama - sama aku, terharunya ! Hehehe ! Seriously, sampai beli handphone jenis sama.. Macam couple ja kami ne kan ? Aku dengan bf aku pun teda la mau sama handphone bagai.


Tak lama lagi nak mula degree and kami decided nak together gether lagi. InsyaAllah. Sue cakap sampai tua la ne kami bersama - sama ne tau. Actually, dia ada rumah kat belakang rumah aku ne but currently kasi sewa orang. Nanti - nanti baru durang stay sana. Is this call coincidence, again?? So, nanti kalau aku mau panggil dia, aku jerit ja nama dia dari belakang rumah. Hahaha !


NOOR SUHAIDAH BINTI AWANG DININ, a big fat giant thank you for you cuz coming into my life ! Seriously kalau ko lelaki, aku jatuh cinta sama ko. Aku tau, kalau aku lelaki yang sebenarnya, ko pun jatuh sinta sama saya, kan kan kan??? Choyyyyy !!!!  Hahahahah !! Aku sangat sangat sangat sayang dengan ko.. Sayang sangat!! Tak boleh lebih-lebih eh. Lain macam aku rasa. Hehe ! Kita janji mau growing old together kan? Cuma aku mau ko tau, ko antara insan yang terpenting dalam hidup aku. Thanx buddy !


p/s: seriously, this is the most longest entry that i've ever typed in my life !










Wednesday, July 17, 2013

Cara Nak Pujuk Wanita Merajuk

Okay. This entry very rare sekali aku selalu cerita
Just want to share with all man out there how to tackle back your girl's heart.
 Bukan apa, aku tau ada sebilangan lelaki ne less gentlemen, romantic or in other word is 'kayu' sikit
Jangan marah ahh wahai kaum Adam. 
Boyfriend aku pun kayu gila babbsssss okay. 
Kadang - kadang aku pulak yang bagi tips kat dia macam mana nak pujuk aku kalau tengah merajuk.
 Ada ke patut ?? 
Langsung tiada inisiatif untuk berusaha sendiri. 
Hope dia baca ne entry then dia tau macam mana nak pujuk aku pasne. 
Hewhewhew :D
ouh yaaa, aku share pics dia pujuk aku dulu.
padan muka ko !


Tanda - tanda Wanita MERAJUK...

1. DIAM / SILENCE

Boyfriend aku paling gelabah kalau aku dah start diam.
Rasanya semua boyfriend - boyfriend di dunia ne pun akan gelabah kalau girlfriend dorang mogok bercakap.
Bagus - bagus dah dikurniakan mulut tu cakap la kan.
Selalunya wanita ne kalau dah diam tandanya dorang protes, tak puas hati, sengal, sakit hati, menyampah dan sebagainya la.
Bukan DIAM tandanya SETUJU yaa..
Itu hanya time merisik okay !



2. MUKA MASAM / MURAM

Asam jawa pun tiada semasam macam muka gf yang tengah merajuk ne.
So, kena bagi mandi dengan air gula supaya dorang ne jadi manis sikit bila senyum.
*So, mesti huduh la tu kalau aku tengah merajuk?*


3.  TAKDA APA - APA / HMMMMMM.....

Ne quote feveret untuk wanita - wanita yang tengah merajuk dengan bf dorang. 
In my case, selalunya kena marah la bf aku tu
padan muka dia.
But mostly dia ne banyak tanya, so aku just answer 'hmmmm'..
Lagi panjang 'hmmm' tu menunjukkan betapa merajuknya aku kat dia.
hahahaha ! Joke !


CARA - CARA NAK MENAMBAT HATI WANITA ANDA YANG MERAJUK TU !

Leceh juga kan nak pujuk pompuan yang merajuk ne. 
Kadang - kadang aku pun busan asyik nak merajuk jaaa..
Kalau bf tu romantik takpa la juga kalau nak merajuk..
Kalau bf 'kayu' sikit, terpaksa la pujuk diri sendiri.
Hmmmmm... (Merajuk la ne)

1. MINTA MAAF

Opkos la minta maaf kan. 
Takkan minta kiss.
Nak kena lempang kot kalau kiss kiss ne.
Minta maaf yang paling tulus lagi ikhlas..
Tapi selalu pompuan kalau bf dia dah asyik buat salah seja, rasanya kalau minta maaf cara biasa - biasa dah tak berapa efektif.
So, aku bagi cara baru untuk minta maaf..

Saya LUNCAI.....
Kat awak, RAPEAH...


Korang send pic secara urutan macam ne.

Confirm gf korang terharu kot (Kalau terharu la)
*Makasih MR. ZULFAZLY, aku guna pic ko jadi sample kat blog ne okay*
Time bf aku send macam ne tak la terharu sangat sebab aku yang suruh dia buat macam ne..
Busan la asyik minta maaf main sms ja..
Sekarang kita minta maaf main mms pulak :D



2. BAWA GF KE TEMPAT DIA SUKA

Kalau gf korang tu suka shopping complex, bawa dorang pi sana..
Kasi hadap dengan baju - baju, aksesori, seluar, beg yang ada kat shopping complex tu..
Mana tau hati dia cair and lega sikit pergi tempat fevret dia.
Kan ? Kan ? Kan ?


3. BUAT KEJUTAN

Banyak jenis kejutan yang korang boleh bagi kat awek korang tu..
Make sure kejutan tu yang korang tak pernah buat la..
Mungkin tiket round trip pergi LONDON...
Or, baucar membeli - belah di butik GUESS..
Boleh juga KERETA LAMBORGHINI....
Hehehe ! Kopak kopak !

Tak semestinya nak bagi tu semua but kalau mampu, amat la digalakkan.. :D
Cis, material girl betul..
Apa kata buat cara old skool sikit..
Tulis surat minta maaf then korang send pi pos masuk dalam peti surat rumah dia ka..
Romantik apa, kan ?

Taruh la pic muka cute korang tu dalam surat..
Aku jamin, mesti awek korang senyum dari pagi sampai subuh baca surat korang.
Silap hari bulan, pi tandas pun bawa surat korang tu...
Perempuan ne hati lembut sikit, sebab kalau buat cara macam ne agak lain dari yang lain.
Kalau aku kena pujuk cara macam ne pun bole cair.
Yang paling penting ialah SAVE BUDGET !


4. BELIKAN BARANG YANG PALING DIA SUKA

Ini confirm the most effective way !!!!
Rasanya bagi makanan / minuman feveret dia adalah terbaik kot..
Yala, kalau dia paling suka rantai, takkan tiap kali merajuk nak kena beli rantai kot..
Bagus couple dengan kucing..
Kan ???


Tapi kalau gf korang sayangkan korang, salah macam mana pun dia tetap maafkan korang..
Cuma, kena la cari cara nak tambat hati dorang balik kan..
Good luck bro !

Klik link bawah ne for couple yang nak tips untuk jaga relationship dorang supaya boringg :)
Have a nice reading pepol :D

Click this link if you interested to read about Cara Jaga Couple Relationship Supaya Tak Boring



p/s: kalau aku merajuk, aku suruh dia belikan air chocolate ice blend. Sebab air tu sejuk, dapat sejukkan hati aku yang tengah panas !